Friday, January 1, 2016

Let's Go Shopping! (Part 2)

Selepas dua tahun, baru ada sambungan untuk post Let's Go Shopping! haha. Oh sebelum itu,



hoping this new year will bring you happiness and longevity :)


Haritu pergi a few shopping malls, BANYAK GILA SALES omg *urut dada*. Mana taknya, tengah YES (Year End Sale). Nasib baik pergi dengan Harith, berjaya juga control perbelanjaan tu (walaupun habis beratus jugak uwawa). Tapi yang bagusnya diri sendiri, beli barang keperluan je hahaha yela tu ko ni ...

Kalau ikutkan, banyak lagi barang nak beli. Alang alang tengah sales kan, takkan nak tunggu hujung tahun depan pulak. Lagipun nanti dah nak start cari kerja, ada bagusnya beli sekarang, jimat pun jimat piupiu. Tapi banyak je barang yang sales dan masih mahal lagi (here comes the sad part, sobs) . So rasa macam, 'sales ke tak, sama je mahalnya. sama je tak mampu lagi' cedih.

Ok, enough with the intro lamanya start enjin, tak gerak lagi rupanya hahaha , pernah tak waktu nak membeli barang, rasa salesperson tu ikut je belakang..? gaya macam nak berkenalan tapi sebenarnya nak tanya 'boleh saya bantu?' soalan tu memang tricky. kalau jawab "saje tengok hehe", dia ingat kita tak mampu. tapi kalau tanya melebih, takut dia ingat memang betul nak beli. tak baik tau bagi harapan palsu kat orang walaupun dia ialah salesperson HAHA


So, here are a few tips 'Cara cara untuk tolak lamaran  bantuan salesperson dengan smooth'

1) Tanya selain daripada barang display

Katakanlah kita berminat dengan satu heels ni, punyalah minat sampai belek depan belakang, nak cari harga punya pasal. Sekali nampak price tag, telan air liur sampai kering tekak haha. Baru nak letak balik kasut tu, salesperson mula merapati dan bertanya ,

"Yes miss, can I help you?"

Mesti kita rasa malu sebab tahu dia dah perhati kita dari jauh huhu. nak beli tapi over the budget pulak. the best trick is to ask the salesperson about the-same-heels-but-different-than-the-display-item. Contohnya heels tu berwarna hitam, tanyalah 'ada warna merah tak?' Ataupun warna sama tapi design lain. other characteristics of a pair of heels would have, kau tanya je.

2) "Im just looking around, want to a gift for someone"

Haha trick ni memang bersifat escapism. Sebab ianya praktikal untuk digunakan pakai pada bila bila masa. Sebabnya, bila salesperson tu beriya explain kat kau, takkan la kau tak rasa serba salah kot. Tapi disebabkan kita tak jadi nak beli, takkan nak beli jugak. Membazir itu amalan shaitonnn. Untuk selesaikannya, bagi je trick

"Saya tengok tengok dulu, sebab nak bagi hadiah untuk orang ni."

Salesperson tu takkan paksa kau lagi sebab preference 'orang' yang kau nak bagi hadiah tu mungkin lain. Haaaa nampak takk?

3) "Kejap lagi datang balik"

Trick ni ol'skool. Semua orang guna rasanya hahaha. Masuk kedai sini, lepastu belek belek, tengok harga mahal, letak balik, masuk kedai sebelah. Haha. Tapi nak nampak convincing, kau tanya la soalan sikit, (i often use this trick when i enter cosmetic stores lol)

"You ada jual concealer brand ..... tak?"

Lepastu dia kata ada, so kau pun macam ok, tengok tengok dulu, then cakap kat dia, 

"Haritu pergi kat ........, tapi habiss. Takpe, i check dulu kat sana, kalau takde lagi i datang balik. Thank you"



Renung-renungkan dan selamat membeli belah!