Sunday, October 20, 2013

Tetap bersyukur

"Sudah jatuh ditimpa tangga"

Memang kena betul dengan situasi past couple weeks. Here I go,


1 Oktober 2013 (Selasa)

Hari pertama start purging ( cirit birit ) . Tapi memang confident sebab salah makan. Food poisoning to be exact. Decided nak jumpa doktor on the next day sebab ade kelas cancel petang. 

2 Oktober 2013 (Rabu)

Pergi UK (Unit Kesihatan) . Macam biasa, MA tak check ape,sekadar tanya soalan "Awak sakit ape?" dan bagi ubat based on description and symptoms given. Dikatanya, "..awak gastriks biasa & food poisoning" . Katanya..

8 Oktober 2013 (Selasa)

Genap seminggu. Masih lagi purging. Tapi kali ni,badan mula sakit sakit. Bagi perempuan,rasa sakitnya macam period pain. Ye. Dalam perjalanan ke kolej kediaman,selepas tamat kelas Economics, singgah sekejap di kafe. 

Tiba tiba blackout. Tiba tiba mata berpinar. Peluh sejuk mula keluar. Dalam hati dah tau apa akan terjadi seterusnya. Cepat cepat duduk,minta tolong unknown belikan air mineral. '..jangan lah kat sini' -- cuba kuatkan diri untuk bangun tetapi akhirnya..

..celik mata sewaktu dalam kereta abang kafe,tapi masih lemah nak sahut pertanyaan "Awak ok ke?" oleh unknown tadi. Sesedar,rupanya dah sampai depan UK. Dahi ditonyoh dengan kuat oleh pakcik keji," Awak jangan nak pura pura pengsan" sambil menampar separa kuat peha. Dipaksa utntuk berdiri n duduk dengan sendiri di atas wheel chair. Memang keji.

Sedar untuk kali kedua : dah berada di atas katil. & nurse minta permission untuk inject painkiller. 4.20pm,masih ingat lagi. 10 minit kemudian, Ada & Zati sampai. "Ade orang call Anoi tapi Anoi tak dapat datang so kitorang datang. Awak ok?" Masih mamai lagi,mampu menjawab "Haah" . Nurse masuk n bagitau,ada masa sampai 4.45pm untuk berehat sebab klinik nak tutup. Bebalnya,aku baru lepas pengsan kot? ==

Keluar dalam 4.45pm juga, pergi ke kaunter untuk ambil ubat,kena makan painkiller lagi pada jam 2200, kemudian ke kaunter depan untuk ambil beg yg dijaga oleh pakcik keji. "Awak check betul betul barang awak,kang ade yang tinggal" . Check ala kadar ; janji nampak purse,earphone,notes . Lagipun klinik DAH NAK TUTUP,kena keluar cepat. Dengan keadaan mamai lagi,disuruhnya keluar. 

Singgah sebentar di kafe berhampiran UK untuk membeli makanan. Masih tak sedar lagi tentang kehilangan. 10 minit kemudian,Ada hantar ke kolej. Masuk bilik,terus selerakkan beg. Cari punya cari,baru sedar : phone hilang. Mula teringatkan unknown yang tolong masa pengsan tadi,tak,bukan tuduh dia curi,tapi cuma nak tau kat mana dia letak phone selepas call Anoi.

Pinjam phone kawan untuk call unknown tadi ---kan number dia keluar masa call Anoi. Minta dia datang ke bilik. Oh,dua orang rupanya. Syukur kepada Tuhan kerana diorang sanggup tolong tadi. 

"Awak dah okay? Awak boleh jalan dah?" 

"Terima kasih  sebab tolong tadi,tapi saya nak tau,awak nampak tak phone saya?"

"Ape? Phone awak hilang? Saya dah agak dah"

Tuhan sajelah yang faham keadaan kepala masa tu ; dengan kesan painkiller tak hilang lagi,dengan berita hilang phone,n dengan statement 'dah agak' unknown tu yang sememangnya dapat dibaca dari awal lagi. Cuma tau,

..ia dah terlambat.

Bila dengar cerita daripada unknown tu,satu je mampu cakap == kejinya manusia. Unknown tu dah sedia nak bagi  keterangan & tulis report kat polis bantuan. Pukul 6.30pm jugak kami gerak. Unknown dua orang tu sanggup teman walhal diorang ade test pukul 8 nanti.

Selesai buat laporan, encik polis tu telefon pakcik keji. Dia bukan lagi suspek,memang dialah orangnya. I just knew. Kemudian dia datang ke pondok polis,dengan anak lelaki dia. 4-5 tahun barangkali. Dan mulalah sesi 'menggembar-gembur cerita palsu' dia. Memang tak dapat masuk dek akal. Ikutkan hati,naluri lawyer yang terkubur aku nak je dibangkang setiap patah perkataan dia sebut. Tapi kepala masih lagi sakit,persetankan dia.

Memang dah tau,takkan kemana police report tu. Takkan disiasat sebab nak jaga nama baik UK n UiTM Jengka. Takpela,pakcik keji. Harini hari saya,esok lusa tulat hari pakcik ataupun hari anak pakcik. Akibat perbuatan yang tak fikir panjang,tunggulah balasan Tuhan.


Tengah malam,kembali semula sakit. Terpaksa ke hospital,call warden minta hantarkan. Sekali lagi,painkiller di'inject' . Dua kali sehari,kau mampu?


9 Oktober 2013 ( Rabu )

Dapat MC sehari daripada pihak hospital. Tapi tak rehat pun,satu hari tour ke tandas dari celik mata sampai malam. Ma call phone roommate,cerita pasal cirit birit. Malam tu jugak,ke Shah Alam kita pulang. 

8 Oktober 2013 (Khamis)

Pergi klinik kerajaan. Pepagi lagi dah pegi. Sampai turn jumpa doktor,macam biasa "Awak keracunan makan je" padahal dia dah usik perut masa tu (test untuk appendix) Kita ni bukan doktor,ikutkan aje. Sampai kat bahagian farmasi,dia bagi ubat yang sama macam UK kat UiTM bagi. Sebijik. Siap keluarkan balik ubat yang dah ade,n bagitau akak tu "ubat ni,sama. ubat ni pun sama" akak tu tanya "Bila dapat ubat ni?" "Seminggu yg lepas,kak. Masih tak sembuh lagi." Akak tu terkejut,aku senyum kelat. Sebab dah penat.

9 Oktober 2013 (Jumaat) 

Dah sampai kemuncak. Minum milo dimuntah balik,makin kerap ke toilet. Decided nak pegi klinik swasta. Sesampai je klinik,doktor suruh baring. Dia nak check perut. Sah. Memang appendix ade masalah. Dia terus tulis reference letter,ke PPUM I go.


Checked in pukul 12 tgh hari,disuruh puasa sebab barangkali akan ade surgery. Tapi sebelum tu,buat checking kat gynaecologist -- mungkin masalah sakit puan,doctor didn't know. Check punya check,sah,appendectomy at OT 5 at 12am.

10 Oktober 2013 (Sabtu)

Jam menunjukkan 12.15am. Terbaring tanpa pakaian dalam operation theatre. Sejuk betul. N segalanya putih. Dinding,lantai. Doktor bius bisik di sebelah telinga "Saya akan bius awak sekarang, ok so kira 1,2,3,...."

Tersedar dah sampai kat bilik lain. Gelap. N ma ade sekali,tengah tido. Bawah samar samar cahaya lampu korridor,selak selimut. Ada dua lubang di perut,satu jahitan betul betul di bawah pusat. Panjang dalam 4 cm. Teringin nak terkucil,rupanya dah disambung dengan tiub saluran kencing. Sakitnya nauzubillah. Akhirnya tertidur dalam kesakitan.


15 Oktober 2013 (Selasa)

Harini hari raya haji. Dan bermakna dah lima hari kat hosiptal. Memang sedih sebab doktor masih tahan atas alasan cirit birit masih ongoing. Hasil pembedahan haritu,appendix ok sebenarnya. Cuma taktau kalau bahagian dalam yang bermasalah. Kemudian, surgeon nampak juga yg fallopian tube ada imflammation n ade cyst kat ovari. Teringat haritu gynae ada bagitau yg rahim kecik,mungkin susah mengandung. As a young woman,that statement somehow scares me. All of sudden my world darkens. Tapi itu semua takdir. Insya allah i'll be fine by time. 


Bangun pagi,macam biasa, a team of experts came and looked on my progress. Alhamdulillah,past few hours before,my diarrhea stopped and I was no longer feeling drowsy and vomiting. They observed my daily report,and I was discharged on the noon. Finally,,alhamdulillah for everything.


Despite of having too many impediments at one time,I couldn't thank God for what He has rewarded me. All I can say is not just a little,but abundant patience you need to have. 

No comments:

Post a Comment