Tersurat : Sesi bergambar 5 Perdana dengan bapa kesayangan, Cikgu Jasimin
Tersirat : Last day of school , OH MY ! *tears*
December
Isk isk . Sedihnya dah nak habis sekolah . Tak sangka, dulu time kecik2 , bila nak pegi jejalan ngan kawan2 mak selalu kate " Kang dah form 5 nanti, keluar la sangat . Sekarang kecik lagi " So, mula lah fikir, 'wah mesti seronok dah form 5, sekolah pun dah habis, mesti boleh keluar selalu ' Now, bila diri sendiri dah form 5, rasa patah balik masa cz makin dewasa, fikiran makin matang . Nak keluar tu sume bukan lagi dalam list hidup . Friendship ; itu yang paling penting . Sangat sangat hargai kawan2 yang sanggup tolong itu dan ini . Thanks, 5 Perdana . You guys are the best . Our memories will stay in my heart .IM GONNA MISS YOU GUYS ALOT ! D:
Tersurat : Sedang belajar Add Maths dengan pakar Add Maths , Sivarama
Tersirat : SPM kian hampir ! Uwaa
November
Dup dap dup dap ! SPM kian menghampiri . 23nov bermulalah paper pertama BM . Haih . Exam kali ni banyak main and still dalam khalayan . Tak macam zaman UPSR dan PMR dulu . Tak yakin dapat straight A's . Hoho . Dah la 10 A nak kejar , gilo tak gilo . Hoho . Jadi, buat mereka yang mengharapkan Durra nak dapat straight A tu, terimas bebanyak tapi minta maaf sebab tak dapat nak pikul harapan tu . *pass harapan tu kat orang lain :P hehehe
Tersirat : Kau kesah apa ? Haha meet my monster (:
October
Alololo sweet nya picture tuu . Takde la sweet sangat sampai boleh buat orang kena kencing manis kan ? Nahh, ini diaa boyfie 2010 sayaa *but tak bermakna 2011 orang baru pulak ye * Nama IC : Si polan bin Si anu . Umur : Lebih tua dari Edward Cullen . Hobi : Menggigit jari saya :D Mesti ramai tertanya , bila sebenarnya couple ni . Alkisahnya~ adela . Haha malas la, sendiri guess :P Ada otak, pakai, ada akai, lu pikiaq la sendiri . Konklusi ceritera cinta ni ; Im glad to have him (: Sarangheyo, monster
Tersirat : Dah reti anyam ketupat ! Weehaa *gila*
September
"..dalam dingin subuh, hatiku terusik.." Ceycey, terusik dek kesejukkan dingin subuh di kampung . Bayangkanlah pukul 10.00 pagi still berkabus-kabus lagi . Padahal kampung kat atas tanah je, bukan atas bukit macam Genting Highlands tu . So bayangkanlah sekali pukul berapa si gemuk ni mandi haha . Raya jatuh pada tarikh 10.09.2010 iaitu pada hari Jumaat . Molek benar la cerita pasal raya je untuk post September ni . Baju raya ? Ada dua : macam display di atas (baju raya first) and baju kurung versi apetah (baju raya kedua) . Duit raya ? Macam biasa, Rps 200juta rupiah bersamaan tolak campur darab bahagi dengan duit Mesia , dalam RM 100 lebih . Alah, kalah lagi dengan Luqman pfft -,-
Tersurat : Tudung syria, sangat lah EEIUUWW bila aku pakai . Penipu punya patung display
Tersirat : Konon untuk baju raya yang 2nd punya heh
August
Tersirat : Konon untuk baju raya yang 2nd punya heh
August
Bulan ke-8 , bulan puasa , ada kesempatan, nak ucap selamat hari raya . Ok, takde ikatan serta kesinambungan langsung . Puasa kali ni boleh tahan penat *bunyik macam tak pernah puasa je ? Pernah tapi setahun sekali . Hah . Takk, bukan sebab itu . Pokok pangkalnya ; kehidupan form 5 semakin terasa pedih nya . *aduh sakit sakit . SPM LAGI BERAPA BULAN JAK dush dushh . Dekat sekolah pun dah tak belajar since lepas cuti mid-term haritu . Syllabus sume dah habis, tinggal serdak2 je yang belum . Kenapa lah abis syllabus pun belaja lagi ? Tak faham aku . Maknanya syllabus belum abis lagi la if still belaja lagi cz syllabus baru dikatakan dah habis jika dah tak belajar and belajar pun tak perlu bila syllabus dah habis . *der, kau repek ape ? AHH serabut kepala lutut !
Tersurat : Depan kereta tercinta . P for pengacau punya pelekat . Chaitt
Tersirat : Puchong, Selayang wa dah pusing . Lu jangan bising . *ceh berlagak !
July
Tersurat : Dengan Intan n Mira di Seminar SPM 2010
Tersirat : Last day meet diorang and other tuition mates )':
June
Sampai dah mid-term dah dia . Ohoi . Dapat result yang sangatlah tidak memuaskan bagi seseorang yang nak ambil SPM this year . Haih . June also is the end month for me at Hikmah . Stop continuing my studies there, got some misery business . Hmm . It's okay, it is just that, i need to work harder than before since dah tak tusyen kann . Other than that, meaning, dah tak jumpa dah budak2 tusyen lagi .Wawawa, i know you guys gonna miss me . *ceh perasan pulak kau .
Tersurat : Tiup tujuhbelas liln
Tersirat : Permulaan kehidupan remaja saya
May
Yeay, bulan kegemaran jiwa . Hehe . Ramai pulak kan sahabat rapat yang harijadi sama bulan . Terutama Nur 'Amirah Kamarul Azlan , kawan sepanjang hayat (: Sambutan kali ni tak lah sehebat mana, cuma Chocolate Indulgence dan Rm100 . Tapi part yang best, bila dapat free call . Ahah . Thanks Maxis ! Awak memang pandai ambil hati saya :P Dan terima kasih juga buat semua yang wish . Terharu saya )': May jugak, ade important event . I had represent SMK19 in the RHB Spell-It-Right challenge . Woot woot ahah *ye aku tau tak menang . Hoho
Tersurat : Berbaju uniform PBSM pada hari Pertandingan Kawad Kaki SMK19
Tersirat : Champion again - 9years in a row *kening kening
April
Lepas satu-satu penat, still ongoing jugak aktiviti . Perh perh :O Penat dah ni, taktau macam mane nak refill energy supaya sentiasa ade . Bulan ni, fully occupied dengan kawad pulak . Macam tak pecaya si tong ni masuk kawad . Wuu wuu :D But itulah hakikat itulah kebenaran . Mula-mula, sumpah nak tarik diri . Last-last, tak jadi . Bukan ape, rase guilty pulak . Aku yang pegang jawatan ni tak masuk, tapi ahli2 biase masuk . Takpela, senior year kan . Try to give the shot la . Bak kate orang, peluang hanya datang sekali seumur hidup . Kan ? (; *but taknak la dapat PLKN . Mintak-mintak tak dapat . Hari-hari kawad, gila legam aku jadi nanti . Oh tips taknak legam, pakai la Safi Balqis . Cerah dalam sebulan, confirm :D
Tersurat : Demam for 2weeks in a row
Tersirat : The worst March ever !
March
Exam month . Err, tak jugak . Bulan ujian sebenarnya . Heh . But still, tak dapat jugak top10 . Sumpah aku pelik . Haih . Ape nak jadi ini . Hadoi . Nak kata 'in relationship', so not . Im a slow learner, quite late to adapt my new Form 5's life . So, results, 5A 3B 1C 1D jela . Hoh , -_-" Pape pun, tahniah untuk Aina yang dapat 10 A . (kena naik balik mid-year ni . Hmph) Oh lupa, selamat pengantin baru buat bapa angkat kami, Cikgu Jasimin . Makin berisi la cikgu nampaknya . Haha
Tersirat : Sukan Tahunan SMK 19 2010
Tersurat : Laksamana juara lagi weh ! :D
February
Tahap kepenatan badan semakin meningkat dari sebulan ke sebulan . Masakan tidak, kerja sekolah semakin banyak, berserta kerja2 di sekolah . Tolong cikgu itu ini, terutama bila dah pegang jawatan tertinggi ni . *ceh, sempat lagi promote jawatan haha . Tapi tula, malangnya bila dah buat keje penat2, cikgu tak bagi habuan pun . Hamper tak bagi langsung . Hmmph . Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna . Sekian untuk bulan 2 punya cerita .
January
Hari pertama di sekolah . Sumpah gila penattt . Pepagi lagi dah menduga kesabaran . Dengan kelas Perdana pindah di hujung dunia, then dapat pulak Cikgu Jasimin as class teacher . Tak cukup dengan itu, budak kelas pakat nak lantik pulak jadi ketua kelas . Memang menjawab habiss (!) Takpe la, dah rezeki namanya . Tak baik ditolak . Hah . Cikgu2 pula , sume best . Ok pun ok jugak . (Ikhlas dari hati neh, bukan nak bodek2 . Haha ) Itu yang berlaku pada siang hari nya . Malam pulak, as usual, TUITION CLASS -_-" memang asyik buku siang malam lah kan , haih . Weekdays cuma free hari Rabu je , cz tak ambik kelas Maths n Eng . Gah, baru Januari kot . Belum sampai Oktober lagi . Mak aii , gantung diri lah jawab nya . Ekk *hangman*
No comments:
Post a Comment