Friday, August 5, 2011

Old time



Aku pun layan bola . La Furia Roja !



Ada kaler purple, dulu selalu pakai time jalan-jalan kat Tasik Shah Alam



Backstreet Boys , si pujaan hati

Apa ini semua ? Inilah kegemaran aku waktu dulu-dulu, time darjah berapa tak ingat tapi memang minat semua ni . Jadi , apa motif kau sebenarnya Durra ? Nak cerita lah ni , sabar boleh kan ?

Frankly speaking, I miss my old days . Hanging around with my cousins , jalan pusing area rumah nenek naik basikal, lepas tu balik before pukul 7 sebab atuk dah nak pergi surau, tu sign yang kitorang kena balik . Dulu tak reti nak lepak kat kedai-kedai mamak ni, selalu lepak dengan cara yang sihat . Harini main rounders , esok main bola sepak . Esok lagi main masak-masak . Dem aku rindu :?



Kawan-kawan time sekolah rendah paling best . Sebab time tu, kau baru nak carik kawan , tak gheti nak bercinta cinta ni . Lepas tu, kau cuma suka kat orang tu then bila cinta monyet nyet kau tak bersahut, mula lah report kat cikgu yang kau kena kacau dengan budak yang tolak lamaran kau tu . Tapi taknak tunjuk pulak bukti surat-menyurat yang dia reply dan menyatakan bahawa dia tak nak kat kau . Tau pun maluuu~



Pastu, aku pun rinduuu nak pergi bercuti . Dulu, mak bapak rajin ajak 'Jom jalan-jalan' . Tapi sekarang, bila dah besar, dah takde jalan-jalan lagi dah . Sape kata bila dah besar, takde sape yang nak jalan-jalan dengan family ? Aku nak, plus lagi senang . Compare kau keluar jalan-jalan dengan kawan , pastu nak beli barang macam terhad . Kena check duit dulu baru berani hulur nak bayar . Itu pun tangan terketar-ketar sambil dalam otak ligat berfikir " Berbaloi ke ha aku beli benda ni ?" Paling best bila jalan-jalan dengan family, phone kau senyap sikit . Dah takde sape yang nak call suruh kau balik cepat .

Only missing a few pieces now...

Dah hilang dah separuh ..

Now bila meningkat remaja, aku rasa aku sebenarnya tak sedia lagi nak jadi remaja . Jiwa aku masih kanak-kanak . Bukan maksud tak nak move on or takleh terima kenyataan yang dunia berputar dan masa berlalu, it's just , 'Memory... is the diary that we all carry about with us. ' Benda tu takkan hilang dan takkan berulang . Itu yang buatkan aku rindu . Bila ada masalah , aku akan tidur dan selalu bayangkan diri aku di tempat yang tenang . Kadang-kadang, bila bangun dari tidur tu, aku dapat jawapan untuk segala persoalan yang bermain di fikiran sebelum tu .

Dream.

"Dream dream dream~"

Aku kena bangun dan hadapi realiti ni . Yang aku dah ada tanggungjawab yang BESAR terhadap diri sendiri dan keluarga . Mungkin juga bakal keluarga (: Sekarang lah masa nya . Untuk buktikan segala-galanya . Aku takkan toleh ke belakang lagi . Tidak untuk kali ini . Doakan aku, kawan-kawan . Itu sahaja permintaan aku .


Ps : Jangan risau, aku ok sekarang ni . Terima kasih sebab ambil berat .

No comments:

Post a Comment