Saturday, June 4, 2011

Long-distance relationship

Percaya kah anda bila saya kata post ni dah 6bulan dalam draft blog ni ? Well, percayalah sebab itu hakikat dan kebenaran . Kenapa pula selama itu terperuk dalam draft ? Sebab saya takde idea nak tulis apa . Hehe . BUT ! Setelah mengalaminya sendiri , baru lah saya ada idea yang mencurah-curah macam air terjun .

Perit untuk tempuh , pahit untuk telan . Sangat skemanya ayat . Tapi itulah perkara yang sebenarnya . Memang menduga kesabaran dan keteguhan hubungan . Kenapa ? Meh kita jenguk .


1 . Rindu

Ok sumpah gila rinduuuuu . Setiap kali call, mesti adegan nangis-nangis tepi tingkap kat Vega T1-11 . Kantoi bilik aku :P Buah hati jauh di mata, mana tak nangis . Tapi bukan setakat buah hati, family kat Shah Alam punya gue rindu . Ye aku cengeng , apa masalah kau ? Zzz . Hopefully semuanya bertambah ok after sebulan . Tapi rindu kat buah hati tetap rindu, hu hu . Tah bila lah boleh jumpa .. ):

2 . Salah faham

Bila masing-masing dah jauh , tipu lah if masalah ni tak timbul . Bila reply message lambat, dah fikir lain . Fikir text orang lain lah, lupa kat kita lah, pape jela . Susah, serious susah bila partner tak faham situation kita . Bukan apa, bila malam tu bukan taknak message , dek kerana kepenatan yang teramat sangat, kadang-kadang sampai tertidur time messaging . Last-last, ada yang merajuk . Susahnya lahai ..

3 . Wrong time

Tett tett . Message masuk time dalam kuliah . Aduih . Nak reply message tu after whole day tak dengar khabar daripada si dia . Malangnya kuliah lagi 30min nak habis . Bila habis kuliah, terus reply message dia tapi harap maklum jela, dia reply balik after a few hours . Semua hal berpunca daripada wrong timing . Nak atasi selalunya kami bermesej waktu nak tido . Tapi tula, bila dah nak tido, confirm tido terus . Haha penat weh, tak caya meh tukar tempat dengan aku .

4 . Risau

Risau dia tak contact, risau dia curang, risau dia lupa kat kita , segala tok nenek punya risau . Tah hape hape, itu sume mengundang musibah dalam life je . Kenapa ? Buat life tak tenteram dan hilang konsentrasi dalam kelas . Ok, mula-mula rasa macam tu . But lama-lama , bila kita sendiri dah busy, baru lah faham . Takde lagi dah risau tahap maharaja , sekadar tahap hamba je . Hehe . Means, risau tetap risau ok ? Sedangkan orang berkahwin pun boleh cerai, apetah lagi couple . Hmm .

Sebenarnya , bukan semua turns upside down bila long-distance relationship ni ( Caution ! Ayat rojak tu ) Sebab banyak juga good things that can be taken as lessons . Such as earning more trust to him and trying to understand the situation well . Plus, it teaches me on how to appreciate him when he is not not around . Makes me love him more and gives me a clear definition of 'i miss you' . Cause if you miss someone, you can feel it deep in your heart (':

Ps ; Absence makes the heart grow fonder . Je t'aime .




No comments:

Post a Comment