Wednesday, August 31, 2011

Karangan raya saya

Persembahkan , hasil karangan ala-ala darjah 3 .


berbuka puasa- takbir-beli -tudung- kampung- mengantuk-bangun -semangat-ahli keluarga -baju raya -solat sunat- khutbah- jejaka-Terengganu-kamera-salam-bersalaman-skrip -gambar
- rendang - setahun -Makanan-pakcik and makcik - rumah


Bermula dari malam raya . Lepas berbuka puasa, lepas solat isya', lepas takbir ramai-ramai kat hall,the time has comes . Jyeah baby, we were rockin' from head to toes in KL . Gerak ke Jalan Masjid India, the busiest place after Jalan TAR on raya night . Tapi tak beli apa pun, setakat beli cover phone . My sammy ada baju baru you knowww, kaler purple . Sangat tomel atototo . Mak Ngah grabbed tudung, Pak Ngah dapat bunga api and Dina bought her grey shawl . End night, makan sup daging mantap kat Pelita Subang Jay . Sampai kampung dalam pukul 1.30, went knock-knock the door, atuk buka dengan muka mengantuk dan itu sahaja cerita untuk malam raya .

Pagi rayaaa, muka stended bangun paling 'awal', terjaga sebab atuk dok cuit hidung, cuit telinga suruh bangun subuh . Padahal baru pukul 6am tepat . Takpe, atuk semangat sikit part solat ni . Al-Maklumlah imam time solat terawih kat surau belakang rumah haritu . Tapi cucu..perangai..ish ish . Siap solat semua, pergi join group takbir yang dihadiri oleh ahli keluarga yang lain . Habis sahaja takbir, terus ambil baju raya kaler belu (aka blue) dan terus gosok and gosok and gosok..

Skip part mandi, terus pakai baju raya . Simple sangat . Ah, kau nak glem pagi raya pun sape nak tengok . Lepas tu terus shoot ke masjid untuk solat sunat hari raya aidilfitri . After dah lama tak pergi solat raya , tah hape aku baca time takbir tu . Muehehe maap, jemaah lain . Maaf zahir batin . Hilang sudah pahala solat aku sebab terlanjur tidur time khutbah . Blame me . Haha . Ramainya jejaka memakai baju raya di pagi raya untuk solat raya . Kacak bergaya masing-masing . Lantas teringat kat orang Terengganu that time . 'I bet he's gonna be superbly handsome in those baju melayu' and I smiled alone (:

Klik klik! Bunyi kamera berbunyi . Sebelum tu, part salam-bersalaman dengan semua ahli keluarga . Start dari Atuk, end kat Luqman . Duduk dalam circle, lepas tu pass pass, kira Luqman kena lalui semorang . Muahaha . Dah salam-salam meggunakan skrip yang sama sejak 6tahun lepas - "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin", sesi tangkap gambar beramai-ramai . Si set timer which was me, terpaksa melakonkan adegan terkejar-kejar untuk memastikan muka ini masuk dalam majalah keluarga tahunan . Say Cheese !

Penat semalam tak habis lagi, katil port yang ditujui . Baru nak landing after melantak rendang ketupat semua, kedengaran orang bagi salam dari luar rumah . 'Assalammualaikum' . Dan aku menjawab dengan 'Shizz' haha jahatnyew . Pergilah turun dapur , buat kerja anak dara . Lepastu hidang kat tetamu yang tak habis-habis tanya soalan yang sama each year "Anak sape ni?" Takpe, masih boleh diterima sebab makcik tu datang time raya je which means setahun sekali . Don't blame her for her short-term memory . HAHA kerek habisss . After dah beraya kat Sijangkang , pergi rumah Wan kat Peejay . Makanan lagii . Bantai laksa , lepastu sambung hibernasi macam beruang kutub . Sampai lah ke malam hari then pulang ke rumah . Tapi ada divert sekejap ke Jusco Bukit Tinggi untuk beli KFC khas untuk pakcik dan makcik yang dah calling untuk datang rumah .

Habis sudah cerita raya saya , anda pula bagaimana ?












Selamat Hari Raya, Minal aidil wal faizin .

Ps : Berapa markah saya ye, cikgu yang menanda ? Hehe .

No comments:

Post a Comment