Friday, October 14, 2011

Intolerable obsession




I don't geddit . What do I have with me ? Mind to tell me because I just don't understand . The thing is, those who obsess with me are girls . Even some of them are my friends / people I know .

MY EARS ARE WIDE OPEN TO HEAR YOUR EXPLAINATION

My life never complete without incidents behind it . Here we go .

(This time will be fully in Malay, I miss my origin language somehow :3 )

Peristiwa ni berlaku waktu Tingkatan 1 . Si dia (perempuan yang pastinya) seorang yang sangat pendiam dan tak ramai yang nak berkawan dengan dia . Kami sekelas . Waktu tu, mi (stands for me . Heh) budak baru kat situ . Baru sahaja ditukarkan dari SEMESTA . Jadi kawan pun kenal budak 19, budak 20, budak SRAI sorang pun tak kenal . Tapi mi seorang yang peramah . Minggu kedua, dah jadi taiko dalam kelas . Muka tak malu, harap maklum sahaja . Jadi, dengan semoranglah mi tegur .

Setiap kali belajar dalam kelas, rasa tak selesa . Rasa macam ada orang pandang . Kalau lelaki, takpe huehue . INI PEREMPUAN . Dalam hati dah terdetik , 'Apa masalah budak ni? Tak puas hati ke apa?' Lepastu kekonon dah berhasrat nak tarik pergi belakang kelas, kerumun dia reramai, lepastu tanya habis-habis .

Malangnya, mi tak seganas tu -,-

Pengakhirannya, mi senyap . Tak tanya atau bagitau sesapa pasal benda ni . Sebab rasa macam boleh siasat lagi mendalam ala-ala CSI . Umpanku mengena . Suatu hari, jeng jeng jeng ..



Si dia, pengintip ku sejati tu sedang menulis sesuatu atas kertas A4 . Panjang, macam karangan . Waktu tu, cikgu takde dalam kelas jadi apa lagi, mula bermaharajalela lah si Durra ni menakluk takhta tertinggi dalam 1 Pesona meskipun hanyalah selama 30minit . Dari satu meja ke satu meja yang lain, YB Durra buat lawatan sosial . He he he..

Sampai ke meja si dia, mi jalan pelan-pelan (perlahan-lahan), dan intai apa yang dia tulis atas kertas tu . Sergah dia dari belakang . "AAAA! Buat apa tu?" Secara refleksnya, dia mengeronyokkan kertas tu lalu buang ke dalam tong sampah dan terus pergi ke tandas . Lerr, baru terkejut macam tu pun dah terkencing ke ? Haish payah .

Nasib ku baik, tong sampah tersebut masih kosong lagi sebab budak lelaki yang bertugas haritu baru lepas buang sampah kat tong besar . Jadi, tanpa membuang masa, kertas yang tak bersalah tu diambil semula oleh tangan lantas terus dibaca isi kandungan di dalamnya . Nak tau apa dia ? Cekidaut .

"...DURRA, durra , DURRAA! durra oh durra, DURRA DURRA DURRA . Ye, Durra Shahirah bt Mohd Azman . Durra durra durra durra durra durra .." dari awal sampai akhir .

OK ITU MENAKUTKAN . Sumpah :3


Sejak kes tu, dah tak berani langsung pandang dia apetah lagi pandang dia . Takut dia guna-gunakan mi ke apa . Sampailah penghujung tahun sebab .. dia dah pergi . Dia dah meninggal dunia . Budak-budak pesona, you guys know who the person was .

Sampai sekarang , mi taktau apa yang dia cuba sampaikan . Dan sampai sekarang lah jugak, mi jadi fobia bila ada perempuan obses dengan mi . Whether you envy or jealous with me, or perhaps you just like my style or my face, just keep your existence low and never show yourself to me . Im scared . It is a total nightmare .

Anyway, Al-Fatihah for her .


Ps : Im just a normal person . Stop obsessing too much . It's scary .



No comments:

Post a Comment