Monday, April 30, 2012

PBSM

Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk Negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya


Bulan Sabit Merah gerakan sedunia
Membantu semua yang menderita
Badan sukarela bersemangat
Dengan tabah dan bersemangat


Di mana jua adanya sengsara
Di sana ada kita
Di darat dan laut kita bersedia
Walaupun diancam bahaya

Bulan Sabit Merah Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk Negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya


Comel kan lagu PBSM ? Lirik yang menggambarkan ahli-ahlinya yang cintakan keamanan serta sanggup membantu mereka dalam kesusahan . Awhh atotototo, I know, kami memang comel . Haha .
K tak lawak der ,

Masuk PBSM sejak darjah 4 . Kan time tu first time budak-budak darjah atasan (wahaha nama!) kena pilih unit beruniform waktu ko-kurikulum . Waktu tu memang nak sangat join PBSM sebab cita-cita nak jadi doktor ( bila dah besar, cita-cita tah kemana, doktor tah kemana )


Kenapa join PBSM ?


- Baju PBSM putih, which I think it's cool . Tak nampak messy macam baju uniform lain .
- Suka membantu . Memang naluri sejak kecil he he he k, :3
- PBSM 'hot club' , ramai ahli meriah , wahaha
- Hati lembut, mudah tersentuh . (fakta bukan auta)
- The end .

Banyak jawatan dalam PBSM but itu bukan benda yang nak diceritakan sekarang . Nak cerita tentang nama PBSM tu sendiri .

Persatuan Bulan Sabit Merah


Bukan

1) Persatuan Berehat Sepanjang Masa

Bukan

2) Pelajar Balik Setiap Minggu




1) Gelaran yang diberikan oleh senior-senior waktu mula-mula masuk SEMESTA dulu . Diorang semua brainwash kitorang, tak galakkan masuk PBSM sebab PBSM kat SEMESTA tak berapa aktif sangat . Kerja seberapa je . Sebab tu PBSM dapat gelaran sebagai 'Persatuan Berehat Sepanjang Masa' . Lol macam-macam . But waktu tu, tak join PBSM but join persatuan yang seangkatan dengannya iaitu




Yeah, St John Ambulans .


Baju dia pun awesome .

White is awesome .




2) PBSM yang kedua tu diberikan oleh mana-mana pelajar KMS yang balik setiap minggu . KUAJO . Eleh, jeles lettew rumah kita dekat . *puke*

Pengalaman ? Fuh tak yah cerita lah, bukan sebab banyak sangat sampai tak teringat, but sikit sangat so segan nak cerita :P Paling ingat bila menjadi PBSM di luar uniform ( bukan bertugas ) iaitu menyelamatkan anak kucing yang lemas dalam longkang . 3 ekor ok, 3 . Bukan 1,bukan 2 . Kalau bertugas waktu hari sukan sekolah tu, perkara biasa ..small matter . *berlagak* Bukan apa, sebab semua ahli PBSM sekolah merasai pengalaman merawat so no different among us .

Sekarang ni walaupun dah habis sekolah, sifat membantu orang yang dalam kesusahan tu masih menebal lagi . Meskipun terhalang kerana universiti ( amboi, ayat kemain ) , jadi bantuan tu disalurkan dalam bentuk nasihat iaitu dengan menjad doktor cinta . HAHA . Pun boleh~

Dah ada dalam perancangan, insya allah nak daftar jadi penderma organ bila dah cukup umur . Sebab yelah, kita ni pun hidup atas kurniaan Tuhan . So, apa salahnya kita sesama berkongsi dengan mereka yang memerlukan . Tambah lagi kita dah mati pun, so takpela, sekurang-kurangnya itulah amal jariah terakhir yang sempat kita buat . Hehe .

Oh ya, ada pengumuman . Barang siapa yang berasa pelik kerana ketiadaan Facebook saya dan ketidak'update' Twitter saya, mohon maaf . Sekarang berada dalam proses hendak membetulkan hidup yang tak betul ni sebab semuanya dah jadi tak betul, tunggang-langgang dan saya memerlukan masa . Terima kasih kerana memahami . (:




Assalammualaikum ,

Durra Shahirah .

No comments:

Post a Comment