Sunday, May 20, 2012

Misteri Nusantara Kuca Caca

Now nak cerita hantu . Dah ready popcorn ? Saya sedang ber-bueno nomnomnom . Let's start .

Kalau hantu, mesti dikaitkan dengan sejarah hidup hantu tu masa hidup . Dibunuh dengan kejam paling top, diikuti dengan kemalangan jalan raya, bunuh diri, dan sebagainya . Mostly hantu omputih ni tak berkeliaran, duduk setempat kat bangunan . Sebab tu, kat negara luar sana, banyak bangunan berhantu . Tak macam Asia Tenggara , hantu kita homeless . Memana pun ada . Hebat hantu kita .

Tepuk la tangan sikit..

Tapi hantu kita sangat menakutkan mukanya, jadi saya tidak akan memaparkan sebarang gambar paranormal dan abnormal di blog saya demi mengelakkan readers saya sakit jantung lalu 'Inallilah' . Dah la followers ciput, mati lagi sorang, lagi sikit lah jadinya nanti . Saya akan mengupas kulit cerita hantu yang diimport dari luar negara dan baru sahaj tiba di KLIA sejam yang lalu . Mari kita zasss .




De Foe's House , Amityville

Barangsiapa yang pernah tengok cerita 'The Amityville Horror', dia true fan ghost stories . Cerita asalnya , Encik De Foe dah bunuh 6 orang ahli keluarganya sewaktu mereka sedang tidur . Sejak pembunuhan itu , rumah tersebut dijual dan sehingga kini, masih belum ada penghuni tetap . Ada beberapa buah keluarga yang pernah menetap di rumah tu, tapi tak sampai 2 bulan , mereka berpindah keluar kerana tak tahan dengan gangguan aneh .

Antaranya ;

. Tuan rumah yang membeli rumah tu akan terjaga secara tetiba tepat 3.15 pagi, setiap malam, dipercayai waktu De Foe membunuh ahli keluarganya
. Kelibat budak perempuan yang sering kelihatan di loteng atas dipercayai anak bongsu dalam keluarga De Foe
. Pintu rumah bot akan terbuka dengan sendirinya walaupun dah berkunci banyak banyak banyak kali .

Banyak lagi, nak tau, kena try pergi .





 Roosevelt Hotel , Los Angeles, CA


Hotel ni legend, hotel lama sejak zaman Marilyn Monroe . Hotel ni famous sebab artis selalu stay kat sini bila ada occasion kat LA , macam Grammy Award kat Kodak Theater . Antara kejadian aneh yang dilaporkan :


. Kelibat hantu Marilyn menari di ballroom utama pada waktu malam
. Bunyi trumpet kedengaran di bilik 928 ( banyak cerita pasal bilik ni )
. Seorang lelaki bermain piano dan apabila pengunjung mendekatinya , dia terus ghaib
. Hantu muncul di security camera , bila security guard datang and check, takde siapa di sana pada masa yang sama
. Pintu terkunci dengan sendirinya .
. Nak yang lain , let's go to LA babeyh .





Dominican Hill, Baguio City, Philippines


Ini hospital sebenarnya . Dibina masa zaman Perang Saudara . Nama pun hospital, so harap maklum jela kan ? But by looking to the picture, I got goosebumps a bit . Tah macam mana photographer ni boleh tangkap gambar ni, tak rasa seram ke ?
 


Whaley's House , California

Sebenarnya rumah ni bukan berhantu sebab ada kes pembunuhan or bunuh diri . Sebab rumah ni dibina atas tapak perkuburan lama . Antara aktiviti paranormal yang direkodkan :

. Jelmaan wanita yang menggantungkan dirinya di ruang tamu
. Roh lelaki yang kelihatan berjalan di koridor
. Hantu wanita berambut merah yang dikatakan merupakan anak perempuan dalam keluarga Whaley .

Ada direkodkan embodied voice yang berkata "Violet,yes"

To be continued...



No comments:

Post a Comment