Thursday, December 16, 2010

First date

In the car I just can't wait
to pick you up on our very first date
Is it cool if I hold your hand?
Is it wrong if I think it's lame to dance?

Lagu Blink 182 - First Date . Hee . Hello, kita berjumpa lagi (: Dah ada progress ? Haritu dah bagitau cara untuk tackle, now nak cerita if dah tackle and dah dapat orang tu iaitu : First Date .

Mesti ada pening kepala bila timbul pelbagai ragam soalan di fikiran pasal first date . " Nak pakai baju apa ? " " Nak jumpa kat mana ? " " Apa aktiviti yang nak buat je ? " dan sama waktu dengannya . Lelaki dan perempuan MESTI ada masalah ni punya, confirm . So, macam mana nak atasi agar first date berjalan lancar ? Mari mari baca lagi :D




Why first date is an important date ? Ok, pertama sekali ia sangat penting and kedua, ia tetap penting . Haha . Tah la, jangan tanya cz taktau jawapannya apa . Yang pastinya ia sangat penting .

Cara-cara untuk dapat First Date yang sempurna

: cuba limitkan penggunaan henpon tu . Paling terbaik if tutup terus . Bukan apa, si dia fikir bukan2 pulak nanti dah susah . Padahal baru first date


: Pilih tempat yang sempurna , untuk first date selalunya ialah masa untuk berkenalan lebih dalam and lanjut lagi tentang partner kita tu . So, paling sesuai if tempat tu ialah restoran or memana kedai makan . Boleh la borak sambil makan

: Tolong jangan buat perangai sendiri . Mungkin kita dah lama single, lepastu tiba2 couple . Ha, so part memana yang buruk2 toksah la hang dok tunjuk sini sana . Buat malu jak

: Masalah ni mesti on the top of the list korang . " Siapa nak belanja siapa eh nanti ? " Ha, ini memang triple punya problem . Sebenarnya, dua dua kena belanja dua dua . Well, memang la bagi perempuan , 'tak romantiknya lelaki tak belanja' HELLO awak, bf awak tu masih lagi tinggal dengan mak bapak dia, duit poket hasil pengumpulan duit belanja tetiap hari, awak kena lah fikir jugak . Kata sayang bf, haish . Sharing is caring, dear .

: Bila berborak, lebihkan pasal diri sendiri and jugak pasal partner kita tu . For example : "Oh i ada 3orang adik beradik, you ?" Jangan pulak, " Oh i ada 3orang adik beradik, seorang kakak n seorang abang . Dua dua dah keje ..." blabla . ITU KAU CERITA SENSORANG . If aku jadi gf hang, mau break esok nya hang tau ? Sekali lagi, kita perlu bijak MENVARIASIKAN *ayat feveret* soalan dan pertanyaan .

: If you guys tengah jejalan kat shopping mall ke apa, sekali terserempak dengan member korang, tolong lah jangan nak nyorok2 celah2 baju yang tergantung dek malu ke apa . Nampak sangat korang segan dengan partner tu . Perkenalkan dia kat kawan korang, confirm dia terharu punyaa . Belakang cerita lah if kawan-kawan korang tak suka n kutuk dia macam2 kat sekolah, yang pastinya dia dah diperkenalkan dalam kalangan kawan-kawan korang .



: Haa, ini sangat sangat importante' . Apakah ? JANGAN CERITA PASAL EX ! Tolong jangan sesesesesekali cerita, memang spoil mood partner korang . Seriously . Ok, foine if nak cerita gak boleh but tolong jangan masa first date . Serious guys, you just gave a bad impression towards her/him . So, tolong jangan bukak sesesesesekali pasal ex . Baik lelaki or perempuan, selagi dia manusia, dia ada perasaan . Tetap akan terasa macam mana sekali pun .

: Cerita pasal pakaian pula . Emm, prof dee bukan lah fashion police but macam nilah, pakai jela memana yang korang selesa . Well, if kata jangan bergaya apa sume, nanti korang fikir " ish, salah ke ? " tak salah pun, cuma tak perlu lah terlalu over sangat . Macam lelaki, perfume nak spray satu badan padahal nak cover baju semalam punya semalam . Yang perempuan pulak sebaik boleh nak paling tinggi heels nya . Dibuatnya nak berjalan kat Sunway, dari hujung hingga hujung, mau melecet kaki dibuatnya . So, memana lah yang selesa dan berbaloi . *jadahnya berbaloi ? haha

Ok, sekian sahaja setakat ini penulisan Prof Dee tentang First Date . So, kepada newly coupled , tahniah tahniah wuuu *tepuk tangan* dan semoga berjaya dengan tips yang diberikan . Chalo~


1 comment:

  1. woahhhhoooo.durra durra.aku ske aku ske.yg perkenal kn dkat kwn yg tak tahan tuh..-,-

    ReplyDelete