Friday, February 4, 2011

Cinta Semusim




One scandal, one sugar daddy, one spare boyfriend . Haha


Hello semuaa . Wah, dah lama tak berblog . Mintak maaf lah ye, Prof Dee kena masuk Pusat Latihan Ke Neraka (PLKN) Haha . Tak perlu tau kat mana, satgi hangpa datang, tengok muka berbelang ni, malu che' :P Ngehngeh .

Kenapa tajuk ni ? Tett tett haha . Perkara ni sebenarnya selalu berlaku di PLKN . Tak percaya ? Cuba masuk dulu :D Kat kem, wah kemain ayat manis manis . Sampai semut pun mati dek kencing manis . Balik cuti ni, ha hambik kau . Check fesbuk and tengok status " In relationship with ... " ada yang Married siap . Hampeh hampeh . Nasib baik cinta semusim . LOL . Cinta semusim ni lebih kurang macam couple kontrak lah jugak hee .




Terima kasih sebab bagi hati kau , now kau boleh pergi mati . *kasarnya ayat*



Tak,geram sangat cz benda ni terkena kat batang paip sendiri . Ok breathe in breathe out . Prof tak boleh tulis dengan perasaan negatif cz nanti post ni akan jadi personal confession . Ok dah ready (: Sekarang nak inform you guys tentang attitude of person yang terlibat dalam cinta semusim ni .


Si Dia Sudah Berpunya

Perit kan ? Mula-mula baik punya ayat , " Im single " . Bila dah kantoi, baru lah sibuk call beribu kali, konon nak eksplain . Hell-o , kata sayang , then jujur lah . Habis cerita . Bukannya kena bayar pun untuk berlaku jujur . Gelojoh la kau wira wirawati . Bagi si tipah yang tertipu or si ahmad yang terpedaya , takpela jangan sedih . Lagipun baru kenal, siapa yang sanggup cerita hal sebenar . Diorang tu semua nak test drive je, whether dapat kita ke tak . Tuptup dapat pulak, lagi masyuk lah diorang . So, benda ni tak affect diorang pun . Harapan diorang tu nak sedih sedih . Kita pun jangan lah tunjuk yang kita sedih . Be strong ok ? Take this as a life-process lesson (:

Hilang Tanpa Jejak

Benda ni memang acapkali berlaku . (cewah ayat takleh go :P) Ada orang tak boleh rasa sunyi even sekejap pun dan terus cari orang lain untuk hilangkan rasa sunyi dia tu . So, mulalah naik tanduk kat kepala tu and misi pencarian pasangan couple kontrak dia tu . Percayalah bahawa orang macam ni memang wujud dalam dunia yang fana ini . Bila together, korang lah orang yang paling dia sayang dan takkan lepas even sesaat pun . Nyamuk datang nak gigit, sanggup dia bungkus korang dengan selimut . Tapi bila kontrak dah tamat dan masing-masing dah balik ke tempat asal, mulalah terserlah perangai yang sebenar . Dia dah mula menghilangkan jejaknya . CAUTION ! Sebab itu, jangan mudah percaya kat orang and jangan lah mudah fall in love . Baik lelaki or perempuan, dua dua sama je . 2 X 5 , 5 X 2 . Pepatah ada mengatakan, 'prevention is better than cure' so beware k ?


Semuanya Palsu

Masa kenal, kemain baik punya ayat . Segala ayat romeo juliet semuanya keluar . 'Saya suka kat awak' , 'saya dah lama tengok awak' dan sama waktu dengannya . Tak cukup dengan itu, segala janji manis jugak bertabur diorang lemparkan . 'Saya akan sayang awak selamanya' blabla . Bila tamat masa, tah kenama tah semua janji tu . Bagai menanam tebu di bibir . Satu pun tarak ditunaikan . So, bagi sesiapa yang terjebak dengan kes ni, get ready lah dengan berita-berita yang menggempakkan lagi menggemparkan dari pasangan kontrak anda itu .

Nak elak senang je . Jangan terjebak . If not, malu dapat sakit pun dapat :P haha . Berkawan je macam biasa , tak perlu lah feeling2 sangat . Rilex . Bukan apa, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna . Banyak lagi masa untuk cari yang sesuai untuk kita . Biar masa yang tentukan . Ok ? Sekian untuk kali ini (:

No comments:

Post a Comment