Salam semua . MALAYSIA BOLEH ! Ok cukup patriotik dah tu . Post kali ni nak canang tentang 'Dream Job - Reality or Fantasy' Kenapa dan mengapa ? Haa, sobab nyo den poning kepalo dah ni . Dek memilih kursus kat UPU . Sangatlah kebuntuan . Baru result 5A, tah macam mana dengan mereka yang dapat stret A . Sebelum terlewat, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam SPM 2010 . Budak durra ni bangun lewat, sampai sekolah A semua dah habis . Tinggal 5 je yang ada keh keh .
Waktu kecik-kecik dulu , semua orang (including me) sibuk nak jadi macam-macam . Nak jadi ultraman lah, power rangers lah . Lepastu, bila mak kata yang "itu semua katun je, mana betul.." baru lah sibuk nak tukar jadi doktor lepastu lawyer . Senang cita semua nak jadilah . Siap tulis dalam diari yang boleh kunci 'Senarai cita-citass saya' . Ade 'S' kat belakang sebab banyak cita-cita nya .
Bila dah meningkat zaman remaja, apabila result SPM berada di tangan, barulah sedar seolah-olah baru bangkit dari tidur yang lena bahawa tak mudah nak capai cita-cita tu . Baru rasa " aduh, peritnya nak mencapai cita-cita " . Tambah lagi, bila result tu tak mampu nak tampung cita-cita kita yang berat menggunung . Ye itu yang saya rasakan sekarang . Rasa nak patah balik masa , taknak dah main-main waktu form 5 . Malangnya takde mesin patah balik masa , jadi tak dapek den nolongnyo..
Kan seronok if kita dah tau future kita . Boleh kita tau whether course yang kita ambik kat uni tu boleh lead kita ke dunia pekerjaan yang sepatutnya dan seterusnya menjanjikan hidup yang aman sentosa . Malaysia ku indah~ Ok tak pasal-pasal . Bukan apa, kadang-kadang terfikir jugak boleh ke dream job tu jadi reality ? Dengan keadaan sekarang, entahlah .. I know, i sound like a hopeless person . Yes i admit that .
Actually i want to be a pilot . Kelakar kan ? Sangat kelakar . Mana aku nak dapat scholar , nak tanggung sendiri tak mampu . So, it will remain as a dream .. Tetiap malam aku mimpi bawak Boeing 777 tu dari KLIA ke Shanghai . Siap dengan "Attention to all passengers . Im Captain Durra blablabla.." Tapi tula, it won't be happened . Jadi terpaksa lah cari lain . Ingat nak jadi engineer, dah isi kat dalam borang online UPU . Satgi baru teringat , Physics C mana boleh . Ok down balik . So now boleh faham nape aku hopeless ? Thanks for understanding me .
Apahal gambar kahwin pulak ni.. haih . Salah upload . Jap .
"..aku berhenti berharap.." - Sheila on 7 in da house . Ok habis untuk itu . Now there's nothing else i could do . I can only put my 110% efforts on my future study and give my best shot . Im now making a confession in front all of you that I'LL STUDY HARD , GET DEAN'S LIST , CONTINUE MY STUDY AT OVERSEAS and BE A BETTER PERSON with A WONDERFUL LIFE . Aminn .
See you guys soon , adios .
mengejar impian bukan berangan. Nak tahu rahsia tak? Semua manusia yang berjaya-berjaya belaka bermula dengan berangan. Tahniah anda berangan2 nak jadi PILOT! kerana anda mampu. hubungi saya jikalau ingin melangkah lebih maju, bersama kita terbang di langit tinggi, hehe, ada mcm gaya-gaya iklan MLM x? hehe, anyway, serius, kalau kau perlukan bntuan nak jd pilot, ckp ngn aku, insyallah ada caranya
ReplyDelete