Friday, March 25, 2011

Break-up relationship

(Entri kali ini agak panjang, harap maklum)


Pic lamaaaa this is so-not-me . Ok , this WAS me -,-


Break . Break . Break .

Sakitkan ?

Pedihkan ?

Terukkan ?

Dashyatkan ?

Semua ada . Kalah nescafe 3 in 1 . Selalunya orang yang rasa benda ni ialah si dia yang di'break'kan bukan yang si peminta 'break' . Ada jugak keadaan yang terbalik iaitu si peminta 'break' yang rasa cenggini dan bukannya si penerima 'break' . Faham tak ? Faham takkk ? Ok

Ok tak kisah la siapa yang rasa macam ni . Yang pastinya, untuk si perasa perasaan sebegini , ini ada tips untuk korang and korang supaya rasa tenang siket dan boleh terima hakikat . Rasa masih ada yang sayang diri korang and korang tu . Takde lah rasa down sangat . Baby are you down down down~


Buku rujukan selama ini ahaks kantoi sudah :p


To-do-list in order to overcome a terrible heartbroken after break-up

Part 1 - Understand the meaning of break-up relationship

>Believe yourself that you can get through it . Pilih whether kita nak bahagia or sengsara . Sesetengah orang fikir " Oh aku tak boleh hidup tanpa dia " but sebenarnya dia dah tahu ke future life dia tanpa orang yang dia kehilangan tu ? Don't doubt your ability to cure from this sickness . If you believe you can, then you can . Selalu tanamkan dalam fikiran, 'Setiap yang bermula pasti akan berakhir , setiap pertemuan ada perpisahan' Renungkanlah (:

>Say 'I can live without you' . Back to our old times , teruskan life macam biasa . Bak kata omputih, let bygone be bygone . If dulu kita seorang yang aktif, terus aktifkan dirimu haha macam eklan hotlink dah . Always remember, we still have family and friends . So dapatkan sim pack Digi for unlimited call between Family n friends haha DiGi pulok dah :D Cheer jap, jangan tense sangat . Hehe . About Family and friends tu, kita masih ada mereka and sentiasa ingat yang mereka TAKKAN sesekali tinggalkan kita sama ada susah atau senang . So now, go and get them (:

>Luahkan apa yang kita rasa . Marah geram sakit hati kecewa , keluarkan keluarkan . If not, jadi busuk dalam hati tu . Takde guna kita simpan , boleh buat hidup kita tak tenteram . Gangguan emosi bakal berlaku nanti . So luahkan . Tulis kat diari, blog or cerita kat bestfriend : macam-macam cara kita boleh guna untuk luahkan apa yang kita pendam . Yang pastinya, control yourself because at this moment, you're enable to be out of control due to imbalance emotion . Jangan SESEKALI terfikir nak bunuh diri lah, kerat tangan lah apa sume . Kau tu ada 9nyawa ke nak buat semua benda bodoh tu ? Fikir bebaik .

>Accept the truth . I know it's hard but that's the only way you have . Terima hakikat tu perlahan-lahan dengan menerima kenyataan bahawa dia bukan jodoh kita . Tak kisah lah apa sekali punca korang break, sama ada dia curang or sebagainya, yang penting kita ambil perkara tu as a positive thing . Jangan asyik-asyik negative thinking and so on . Nasi dah jadi bubur lambuk . Dah terlambat . Dalam masa kita terima hakikat tu, cuba kita relakan jugak pemergian dia . Dia sudah tak sayangkan kita malah dah jumpa pengganti pun . (Tahniah la ye -,-) So, anggap 0-0 lah, macam hari raya hehe .

>"Esok mesti lebih baik dari hari ini" . Ha, tanam dalam diri tu yang hari esok lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dari hari ini . Jadikan hari semalam sebagai sejarah dan hari esok sebagai add maths . Haha gurau . Jadikan esok sebagai hari barulah kan, apela :P Ramai yang risau 'Boleh ke aku jumpa orang macam dia lagi?' Jawapannya TAK BOLEH . Kenapa lah nak orang macam dia jugak ? Haiya . Jangan risau, yang bakal datang tu pasti lebih baik dari si dia . Percayalah~

Part 2 - Curing the break-up's wound

>Menangislah sepuas-puasnya . Sebelum tu, borong stok tisu awal-awal ye hehe . Kenapa Prof Dee suruh nangis ? Sebab bila dah nangis, kita rasa lega . Sangat lega . Mana Prof Dee tau ? Dah selalu buat, i know lah (selanga Phua Chu Kang haha) Kita ni bukan robot, apa gunanya Allah bagi kita air mata tapi tak gunakan . Betul tak ? Manusia hanyalah insan yang lemah dan berperasaan . Jadi tak salah pun baik lelaki mahupun perempuan untuk menangis . Bukannya kena bayar bil air nangis tu haish . Bila kita menangis , kita sebenarnya dah lepaskan beban yang kita tanggung dalam hati tu . Sebab tu kita rasa lega pada akhirnya . Jangan risau, lambat laun kita akan ketawa juga . Tak percaya ? Cuba lah nangis (:

>Takut dan marah itu normal . Bila kita break, rasa takut untuk couple lagi mesti ada . Tambah-tambah lagi bagi mereka yang first time couple . Takut perkara yang dah terjadi berulang dalam relationship yang akan datang . Bukan setakat tu, takut jugak kalau-kalau cinta ditolak . Ada jugak yang takut kesunyian dan takut sekiranya tak dapat mencintai and dicintai (sumpah aku geli tulis 'cinta' haha) Sebenarnya takut tu termasuk sekali dalam proses penyembuhan . Sama jugak marah . Mungkin ada yang break-up dalam keadaan yang bergolak yakni marah-marah lepastu break . Ada jugak yang marah sebab dia rasa dikhianati or betrayed . Marah lah, lepaskan kemarahan tu . Tapi jangan buat benda gila sudeh . Yang penting, jangan marah or salahkan diri sendiri sebab perpisahan tu . Ada hikmahnya, cuma kita je yang taktau .

>Putuskan komunikasi ! I like this . If dia ada dalam your FB friend's list , remove dia . Tapi tak perlulah sampai spam dia . Kesian dia tapi nak buat gak, lantak lerr .. Delete semua picture korang together, delete semua message cintan-cintun korang dulu . Takde faedah pun korang simpan benda tu semua . Buat semak je . Bukan apa, ini semua adalah langkah yang efektif untuk korang lupakan kisah sedih korang . I've done it many times, but not in a short period . I admit it took times but now Im free from it . If ternampak dia kat memana, paling sakit bila dia dengan si baru, buat-buat taktau je . Anggap tak nampak . Tak payah sibuk jeling or intai sekali pun, kena ketumbit baru kau tau . Apatah lagi tegur, tak payah tak payah . Kita dalam proses nak sembuh, jangan lambatkan proses tu . Nak life balik tak ? Haa..ikut cakap Prof :P

Penatnya taip .. Ok sambung balik

>Nobody is perfect . Ingat ayat tu . Point nak cerita kat sini ialah , jangan salahkan diri kita . Ada couple yang break sebab si gf dah gemuk and si bf tak nak perempuan gemuk . HELL-O ! Kau couple tengok badan ke hati ? Dia gemuk sebab bahagia dengan kau, itu pun salah ke ? Orang tak bersyukur memang macam tu . -,- Itu hanya contoh yang betul-betul berlaku sekarang . Buat si gf dan sesiapa yang rasakan break-up tu salah dia , STOP BLAMING YOURSELF . Tuhan yang ciptakan manusia, apa hak dia nak jugde kita . Yang pastinya takde siapa yang perfect dalam dunia ni . Siapa tahu, mungkin salah dia juga dan tak semestinya salah kita . Senang cita dua-dua salah, HABIS UNTUK ITU .

>Pulangkan barangan dia . Kumpul semua pemberian dia, time birthday ke , time anniversary ke, pulangkan pulangkan . Masuk dalam satu kotak dan pos kat rumah dia . Ataupun buat sedekah amal jariah kat rumah kebajikan , at least dapat pahala . Kan ? (; Minta jugak dia pulangkan barangan kita . If dia taknak bagi, PAKSA DIA . Lainlah if kita sendiri dah taknak barang tu . Bukan apa, takut benda tu timbulkan fitnah satu hari nanti . Nanti tak pasal-pasal nama kita naik, padahal kita dah lama break dengan dia . Buat semua urusan pulang-ambilan ni secepat yang mungkin . Toksah dok lengah-lengah .

Part 3 - Positive-ing our life

>Kita lebih kuat sekarang (: Tak semua orang macam kita . Couple and break . Means, we have a new chapter in our book of life . Tak semua macam kita, dapat merasai pengalaman couple . Tak semua macam kita , kuat untuk hadapi break-up . Nampak tak betapa kuatnya diri kita ? Wahh *tunjuk bisceps* Keh keh . Break-up memang pahit dan perit . Tapi kita dah berjaya lalui nya kan ? So tahniah untuk diri kita . Yeayy ! Kita boleh guna pengalaman yang kita dapat ni untuk hubungan akan datang . Setidak-tidaknya kita boleh control emosi bila relationship baru tak menjadi jugak . But if asyik-asyik tak jadi, better kau pergi mandi bunga lah .

>"Hi, can I get your number?" Apakah apakah ? Wahh olang baru sudah mali :D hehe . Next step is cari orang baru ! Bagi ladies, terima orang baru . Tapi, pastikan diri kita dah sembuh sepenuhnya before terima orang baru . Takut jugak if orang baru masih dibayangi dengan orang lama . Kesian kat dia . Kita kena ingat, tak semua orang sama . Mungkin yang baru lebih baik , siapa tahu ? Give him/her a chance to try and get your love . At the same time, don't judge the new one based your own experience . Dek kerana fobia break-up, kita jadi lebih protective atau bahasa kasar mengongkong dll . Jangan lah, si dia tak bersalah . Kesian kat dia..

Ohoi, dah pukul 4.30 am dah..haha

>Forget about your past . Tak perlu penuhkan kotak memori dalam otak yang kurang megabyte tu dengan menyimpan segala kenangan yang lepas-lepas . Buang semuanya . Buang jejauh . If ada lah button 'backspace' kat kepala tu dah lama aku tekankan untuk kau . Benda dah jadi, there's no turning back . Takde U-turn ke apa, tarakkk . Plus, si dia bukannya fikir pasal kita pun . Buang karan je fikir pasal dia . Si dia lagi lah , tengah bersuka ria dengan partner baru . Kita ni, terhegeh-hegeh dok cari tisu sebab teringat time korang main ice-skating kat Sunway . Poodahh, erase sekarang . Sebelum aku belah otak kau .

>Kita dah pulih sepenuhnya :D Jyeahh haha . Seronoknya . Kan kan ? Angguk lah cepat . Bila kita refresh balik , memang proses ni makan masa yang lama . Bergantung jugak pada orang tu sendiri, secepat mana dia nak sembuh . Like me, i took quite long time, paling lama pun a year . See ? Lama kan ? But look at me now, happy with my new life . Because I believe I can move on and I've finally made it . Jadi, untuk kemenangan kecil kita ni, pergilah celebrate dengan kawan-kawan dan family yang tak putus-putus bagi sokongan kat kita sepanjang tempoh proses penyembuhan tu . Have fun with them and treat yourself like a king !


Jadi, untuk mereka yang baru putus tu, cuba cara ni . Jika berjaya, tahniah buat anda dan jika tidak, jangan putus asa untuk terus mencuba . Ok ? (: Insya allah, anda boleh lakukannya . MALAYSIA BOLEH ! *sekali lagi patriotik terlebih*




Ps : Ditujukan khas buat yang baru break (:

2 comments: