Sunday, March 4, 2012

Nikah Gantung

Assalammualaikum kepada semua pembaca . Ini merupakan post yang agak serius , jadi saya mulakan dengan ayat-ayat yang serius dan lawak-lawak yang serius . He he k cukup .

Pernah dengar pasal nikah gantung ? Students yang belajar jejauh tahu la pasal ni , yang belajar overseas . But macam mana aku tau ? Padahal belajar matriks je pun ? Aku kan update bab-bab kahwin ni, tambah pengetahuan gamaknya . He he .

Haritu, ada lah seorang hamba Allah ni merangkap rakan sekelas beritahu,






" Kau tau, tahun lepas, ada budak matriks kahwin lepas matriks . Budak tu matriks dotdotdot, yang perempuan tu Modul 3, yang lelaki biasalah modul 2 . Parents diorang pun sporting , now diorang dah jadi suami isteri "
This is WOW .

Sambungan cerita , "..tapi diorang bukan nikah macam biasa . Diorang nikah gantung . "








Tuan-tuan dan puan-puan sekalian , ladies and gentlemen ,nikah gantung itu ialah ..




"Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

- Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.

-Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.

-Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

-Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya."





Sounds cool en ? Haha seronok lah memana couple kat luar sana . Lol . But if you ask for my personal opinion, I reject it (: The reasons are .. ?


- Perkahwinan itu adalah sesuatu yang serius . Kalau kita tak matang lagi, but sibuk nak pikul tanggungjawab yang belum tentu kita mampu, apa faedahnya kita bernikah ? Ingat, kuasa talak tetap milik suami, sama ada dia matang atau pun tidak, sekali dia menyebutnya, maka jatuh juga lah talaknya .

- Lagi seksa jiwa dan batin . Haha . Walaupun boleh 'bersama' sebagai suami isteri, but boleh bayangkan tak yang 'perkara' itu berlaku di rumah parents memasing ? Paling kurang pun , parents sponsor honeymoon , bagi pakej hotel yang dekat-dekat , but still, it doesn't lasting . Lepas tu, back to normal life . Jadi student, being apart . Sakit..

- Emosi dan nafsu pada saat remaja ini sangatlah tidak teratur dan tunggang-langgang . Dibuatnya kalau si isteri 'termengandung', anak tu siapa yang nak jaga ? Dengan study lagi, suami duduk jauh . Anak itu membesar tanpa melihat ayahnya setiap hari . Sanggup ke ?


Tetapi, kalau ibu bapa dah restu, insya allah, segalanya akan berjalan lancar . Allah akan permudahkan segalanya (:

Jadi, anda dah jumpa calon ? Hehe


Ps : Parents kami memang dah restu tapi nantilah .. (: hehe .

1 comment: