Sunday, May 8, 2011

To-do list in order to tackle your ex

Alkisahnya, Joyah dan Abu (dua-dua bukan nama sebenar) bercinta hampir 6tahun . Bermula pada zaman persekolahan lagi, apa yang mereka belajar hanyalah cinta dan bukannya ilmu hisab/matematik . Tiba saat yang dinantikan , umur yang sesuai untuk berkahwin dan hidup bersama selamanya . Namun begitu, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari . Abu pergi hilang entah kemana . Tinggallah Joyah dengan hati yang terluka dan jiwa yang parah ..

Ramai yang datang untuk memasuk minang Joyah namun tiada satu pun Joyah terima . Masakan tidak, cinta Abu masih mekar dan subur dalam dirinya dan tidak pernah sekali pun terpadam ataupun hilang . Tattoo your name across my heart ; Joyah lakukan setelah mendengar lagu 'Sweet Dreams - Beyonce' . Hanya Abu sahaja yang bertakhta di hati , tiada pengganti .

Tiba-tiba, sejak dua bulan lalu, Abu telah kembali . Dia ditukarkan ke tempat Joyah bekerja . Joyah rasa tak percaya 'OHMAI OHMAI' Abu pula menunjukkan seperti tiada apa-apa masalah yang berlaku antara mereka . Hubungan mereka bermula semula di peringkat pertama iaitu persahabatan . Tetapi Joyah inginkan hubungan yang lebih dari itu . Seperti zaman dulu . Iaitu bercinta . Joyah buntu ! Taktau nak buat macam mana ..







Mari kita tolong Joyah :D



Mula-mula sekali, kenal pasti dulu status si Abu tu tadi . Katakan lah..




YES ! DIA MASIH SINGLE !

Amboi, melompat sampai ke langit ke-tujuh ye kau Joyah . Ok, bermacam-macam cara yang boleh dilakukan baik oleh Joyah ataupun sesape sahaja yang berada dalam situasi ini . Cuma caranya berbeza sikit dengan cara nak tackle orang baru .

+ SMS Manis tahap Gula Melaka
Hantar kat si dia mesej-mesej yang menunjukkan yang kita ambil berat tentang dia . Contohnya esok dia ada exam, kita hantar lah mesej ' goodluck, all the best for you' . Konpem dia tersenyum sendiri macam ni (: Sekali sekala tu boleh lah jugak hantar mesej-mesej romantik pasal cinta-cinta ni . Takyah dok kerah keringat nak pikir ayat apa, google sudeh . Bukannya dia tau pun huahua . Tapi jangan lah kau hantar , " Shall I compare thee to a Summer's day? " Nampak sangat kau ciplak ayat Shakespeare . Bila dah hantar tu, buat-buat lah reply lambat . Ala-ala busy lah kononnya . Padahal eksaited gila tahap WHOAA .

+ Continuity
Atau bahasa melayu nya, kesinambungan . Sebelum mengakhiri sesuatu perbualan sama ada melalui mesej atau telefon , jangan lupa untuk bagitau dia .. " Esok kita berbual lagi ye , take care.." Tu diaa . Cara ni tunjukkan yang kita betul-betul nak kat dia dan si dia boleh nampak effort tu . Plus, kita biarkan si dia tunggu kita . Kikiki . Boleh jugak if kita ajak dia keluar . Mungkin dia segan keluar berdua sahaja, kita ajaklah kawan-kawan sekali . Lebih bagus if kita ajak kawan-kawan dia . Sekurang-kurangnya dia takde lah rasa janggal nanti .

+ Flashback
Bila hubungan tu dah semakin rapat , apa kata kita refresh kenangan bersama ? Ingatkan dia time mula-mula kenal, lepastu kenangan manis yang lain-lain . Cerita dia terjatuh naik basikal waktu pusing taman time kita tengah main badminton ke, cecita cecita . Hehe . Kenangan sambut harijadi sesama ke , banyak lah lagi . Pastikan cerita tu buatkan dia ketawa dan terharu . Jangan pulak kau ungkit pasal dia jealous time kau keluar dengan member sampai korang gaduh 3hari 2malam . Memang lah dia menyampah .

+ BFF
Tanya bestfriends dia sama ada dia sudah berpunya atau belum . Yelah, mana lah tau kot-kot dia dah taken tapi mengaku tak . EH RAMAI OK PERANGAI BUSUK MACAM NI -,- Bukan apa, takut juga berlaku kes bertepuk sebelah tangan . Mula-mula, kita cari member yang rapat dengan dia DAN member yang boleh kamcing dengan kita . Agak-agak yang boleh dipercayai lah, satgi kantoi yang kita nak kat dia pulak . Line clear, apa lagi, pasang lah strategi untuk tawan hati dia :D

+ The moment of truth
Berterus-terang lah anda sebelum anda diterus-terangkan . Bila hubungan tu makin rapat dan akrab, luahkan perasaan tu . Janganlah disimpan lagi, takut terlepas lagi sekali . Beritahu dia perkara yang sebenarnya . Bahawa kita nak dia . Tapi jangan paksa dia untuk terima kita . Takut penerimaan tu atas dasar simpati, bukan sayang . Bagi dia masa, if ada jodoh, ada la tu (:


OH NO ! DIA DAH TAKEN ):


Ayo, Joyah nak borong tisu 3kotak dah . Joyah nak nangis..hampir nangis..tu diaa , Gopeng dah banjir . Jangan lah putus harapan . Jangan lah berduka . Beta murka orang yang begini . Ceicei . Abu belum kahwin lagi kan, chill lah . Ada sinar harapan lagi tu .

- Open-minded person
Kita kena lah terima hakikat sebenar . Tapi tak semestinya kita menyerah kalah . Kita boleh jadi sahabat dia . Caranya ialah, kita tetap mesej dengan dia walaupun sekadar bertanya khabar . Buat sementara waktu, kita tahan lah perasaan tu dalam-dalam walaupun sakit teramat . If you think he/she's worth it, then do it . At the same time, try jugak lah tackle dia . But careful, takut gf/bf dia tau dan tak pasal-pasal serang kita . Hua hua . Take the risk, if you dare enough . LOL

- Kenot jeles-jeles
TAHAN CEMBURU TU ! Memang kita seorang yang jealousy person, tapi jangan sesekali tunjukkan depan dia . Kata nak dia kan ? So tahan tahan and tahan . Dengar saja cerita dia pasal partner baru dia tu, walaupun perit FUH tak yah cakap ah . Dalam situasi ni, biar dia nampak kita macam member yang sanggup dengar cerita dia . Sekurang-kurangnya dia tau kita ada bila dia perlukan someone . See ? Nampak tak profit kat sini ? Untunglah bila dia rasa selesa dengan kita (:

- Teman berbual
"I'll be there whenever you need me" Bagitau dia ni , confirm dia terharu . Awhh tomelnyeww . Harith selalu cakap cenggini kat tite, hihi . I love you sayang :D Ok saja gedik . Jadi member dia yang selalu dengar masalah dia, dengar cerita dia . Pendengar yang setia lah senang cita . Make sure you are always available . Bila dah jadi orang yang dipercayai, jangan lah kita punah kan loyalty orang tu . Kesian dia, kecewa dia .


Sub-topic khas untuk anda ; Please try again..

Pernah dengar " A break-up is like a broken mirror . It is better to leave it broken rather than hurt yourself trying to fix it " ? Wajib berhenti bila kita sampai pada situasi ...

= Ditolak
Wah total rejection ! Tak boleh jumpa even kat Reject Shop pun . Dengan sejujurnya dia bagitau yang kedatangan kita hanyalah sekadar menyusahkan hidup dia dan buatkan dia rimas . Dia betul-betul harap agar kita pergi sejauh yang mungkin dari hidup dia . Nak jauh sangat kan ? Kau sponsor tiket ke Atlantik, nanti aku pegi jauh gilaaaa dari kau -,- Sebelum dia keluar perkataan yang teruk lagi dashyat seperti mencarut , better kita get lost dari life dia ASAP

= Tergantung
Si dia tak bagitau perasaan dia terhadap kita walaupun kita berapa kali confess kat dia . Sebenarnya, itu lah hint yang dia bagi dan nak bagitau yang kita tak diperlukan lagi dalam hidup dia . Untuk apa kita teruskan ? Habis semua sekali ! Kita berundur tapi tak semestinya kita yang pengecut . Orang dah taknak, tak guna melukut di tepi gantang .

= Jual Mahal
Mahal sangat sampai Master Card pun takleh guna . Cz lebih limit . Memang kita dah cuba perbetulkan keadaan, tapi dia buat acuh tak acuh saja dengan usaha kita . Plus, dia anggap kita macam sampah je . Bila perlu, cari . Bila tak, tinggal . Habis madu sepah dibuang . Kita jangan jadi pak turut, ikut je apa yang dia nak . Berpada-pada lah dengan pengorbanan kita tu, jangan terlalu berkorban sangat . Nanti hati kita tu akan terkorban . Inalillah .

Ada pro and cons untuk tackle ex balik . Cuma terpulang kat kita sama ada nak semula kat dia atau cari yang lain . Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor . Tapi kalau bunga tu dah dipetik oleh orang lain atau kumbang tu dah ditangkap oleh penangkap kumbang, tak dapek den nolongnyo.. If ada jodoh tu adela ok ? (:


1 comment: