Tuesday, April 26, 2011

Stop ! Don't try this at all .



Mulakan mood anda dengan dengar lagu ni . Takyah paham kan lirik dia, cuma hayati muzik dia . Cz aku sendiri pun tak paham . Haha lagu dari Iran , best . Try dengar tau hihi

Ok, sekarang Prof Dee nak bebel pasal kesalahan yang sering kali dilakukan oleh memana pasangan couple . Sebenarnya, punca-punca break-ups selalunya disebabkan oleh kesalahan ini . Tak kira lah siapa si pelaku nya, sama ada si galpren or si boipren, yang pastinya ia tetap satu kesalahan dibawah Akta Cinta 1932 . Jika disabitkan kesalahan , boleh break dalam masa 2bulan atau menjadi tempat makian hamunan oleh partner akibat kesalahan yang dilakukan atau kedua-duanya sekali .

@ Mata Keranjang

Bila dah couple, bukan bermakna kita tak boleh mencari kawan yang berlainan jantina CUMA terbatas siket . Tak kira lelaki or perempuan, mata tu memang cepat je usha memana mamat/awek yang cun . Padahal partner kat sebelah je ni . Memang tempah nahas lah ceritanya . Memang lah saje nak cuci mata, tapi pernah dengar tak, 'dari mata turun ke hati' ? Haa, boleh membawa kepada kecurangan . Mungkin kita bukannya dengan si mamat/awek tadi, tapi benda tu dah tunjukkan yang kita ni seorang yang pencurang . Bak lagu CT Nurhaliza dan Datuk SM Salim , "menjeling-jeling ku bertentang , mata kita sama memandang . Ku cuba ku cuba nak bertanya, siapa diakah namanya " HA SEE SEE ! Told ya, bakal jadi si pencurang . Toksah lah dok keranjang sangat mata tu, aku cucuk karang baru tau . Hargailah apa yang kita ada sekarang , jangan tamak . Isn't your partner is perfect for you ? (:

@ Hipokrit

Bila galpren/boipren kita tengah bercerita pasal apa yang dia buat dll, tak perlu lah kau buat muka tekun kononnya kau dengar . Especially bila si partner tu cakap pasal something yang tak kita suka/minat . Jangan jangan jangan lah paksa diri tu untuk dengar . That's what we call 'hypocrite' Bagai masuk telinga kiri, pastu U-turn keluar ikut telinga kiri gak . Haha suka-suki ubah peribahasa :P Apa salahnya if kita bagitau awal-awal yang kita tak suka if dia cakap pasal itu ini . At least takde lah dia terasa sangat , mungkin terasa lah siket . Heh . Hati-hati, jangan sampai dia tersinggung . Jenuh pulak nak memujuknya satgi .

@ Kaum kerabat 'TERLALU'

Terlalu cerewet, terlalu cemburu, terlalu menjaga hati, segala tok nenek terlalu lah senang cita . Ini memang masalah . Cuba kita kurangkan peratus 'terlalu' tu kepada 'biasa' . Bukan apa, if kita over sangat, nanti buruk padahnya . Even sayang pun berpada-pada cukup, jangan terlalu jugak . Silap hari bulan , kita pulak yang terlalu kecewa atas apa yang dia buat kat dia . Haa, baru tau . Alkepadanmuka . Prof dah bagi nasihat taknak dengar . Tulah, follow my blog now hihi :P

@ Skandal dengan member dia

Perkara ni mungkin jarang berlaku TAPI tak semestinya tak berlaku dalam dunia sekarang . Kita mungkin takde lah hensem/cantik mana, tapi takde jaminan gak benda ni tak jadi . Sebabkan kita terlebih rapat dengan member-member dia, tetiba salah sorang tu TERfeeling pulak kat kita . Habis habiss.. Dibuatnya si partner kita tau, boleh meletus Perang Dunia Ke-3 . Boom boom kaboom ! So, the best way is reduce the chances . Kurangkan berjumpa or contact each other . Tapi tulah, kadang-kadang bukan salah kita kan ? Yeah, i know . Orang selalu salah faham atas kebaikan kita . Haih, payah payah .

@ " Ok, ye baiklah"

Dialog di atas menunjukkan yang kita seorang yang terima apa saja yang partner kita buat . Dia nak itu, nak ini , semua kita bagi . Kita turutkan apa saja permintaan dia sedangkan kita tau kemampuan kita terhad . Selain tu, kita terima je sikap dia . Memang betul, setiap orang ada keistimewaan dan keburukan tersendiri . Tapi bukan alasan untuk kita terima semua keburukan dia . Tahukah anda bahawa setiap benda yang buruk itu boleh diubah menjadi sesuatu yang baik ? Ok now dah tau so simpan dalam lipatan ingatan tu . Jangan dek kerana sayang, kita buat-buat tak nampak kesalahan yang dia buat . Memang cinta itu buta tapi kita kena celik untuk pimpin cinta tu supaya tak melencong ke tempat lain . Bincang dengan si dia dan tegurlah dengan baik jika dia lakukan kesalahan tu lagi dan lagi .

@ Bercinta atas dasar simpati

Ok, perkara ini baru sahaja berlaku dalam hidup . I mean, orang tu bukanlah Dee but orang yang sukakan Dee . They told that they don't want their girlfriends but because of sympathy , they had too . They just want me . Finish . WHATTA ?! I gave them this advice - just leave your girlfriends . Ok, kat sini nak bagitau, Dee bukan nak kat diorang pun , it's just , as a girl yang memahami perasaan other girls yang lain , kesian kot dekat diorang . Si boyfriend be together atas dasar simpati . Bukan apa, i just wonder, what if im in their place and my boyfriend says that to other girl ? Confirm meraung menonggeng aku dibuatnya . Wahai lelaki yang berkenaan dan lelaki yang lain, tolong hormati perasaan perempuan . Mulut mungkin boleh menipu tapi bukan hati . Sooner later , she will know too . Jangan sebabkan kasihan , kita terima dia . Sebenarnya , kita dah menipu diri sendiri dan si dia jugak . Untuk apa ? Cinta takkan bermakna jika dipaksa perasaan cinta tu sendiri . It's time to change ; here's come the moment of truth .

Hope kita sesama dapat ambil iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku . Harap hubungan anda semua kian mekar dan harum bak bunga di taman tasik tanpa sebarang ancaman serangga perosak dan pemotong rumput . Sekian .

No comments:

Post a Comment