Monday, April 25, 2011

Bajet Cinta 2011

Prof Dee kembali lagi ! Jyeah . Sori sebab tinggalkan yu olls lama sangat . Ada yang dah tanya , "prof, bila nak start tulis post pasal love ?" NOW lah, bila lagi . Hehe . This week dapat balik awal dari kerja, so ada la masa nak berblog sebentar bersama kit kat (:

Otei otei, now kita nak cerita pasal pengorbanan yang perlu dilakukan oleh kedua pihak yang bercinta . Haa tu diaa, dua pihak sekali . Baru lah funFAIR . Dalam dunia ni, takde satu pun benda yang percuma . Even nak order ice water kat Sekret Resipi pun kena bayar rm0.5 . Hoh . Maybe time nak propose, si lelaki hanya perlu keluar modal air liur je tapi bila terbentuknya sebuah CINTA YANG SEJATI dan sama waktu dengannya , there will be a flow of cashhh kacing kacing $$



Bil Telefon / Top-ups

Couple mana yang taknak contact each other kan ? Distance is not a reason , as long we have MOBILE CONNECTIVITY . That's why lah henpon tu dah jadi tasbih alaf baru untuk remaja zaman sekarang . Sampai hilang button pun ada gak, sebab galak sangat texting . Haha . Mobile operator apa lagi, bagi lah 1001 rewards lah, promotions lah, privileges lah pada pengguna henpon di serata dunia . Malaysia tidak terkecuali ok . Hot Ling, D&G and Sel-Kom . Bagi sesiapa yang guna postpaid, dulu bil setakat rm50 sebulan, itu pun kadang-kadang tak sampai . Tapi bila dah angau becintan, nah amekk kau . Panjang berjela sampai ke jalan raya bil telefon nya . Bagi yang suka bertopap-topap ni, kredit macam tak cuit langsung dulu . Sampai tarikh expiry pun, ada lagi balance kredit . (Nak sikett :P) Tapi sekarang, ish ish . If kumpul kad topap tu and jual kat apek jual paper lama, boleh cecah rm 3.00 lah at least . Fuyoo dasat .



Lunch Date / Candle-light dinner

Selalunya bila keluar jejalan dengan member, asal time makan je, bayar sendiri-sendiri . Sanggup mintak bil asing tu . Sekarang, bila dah couple, makan sorang tapi bayarnya untuk dua orang . Apa lagi, Bajet 2011 bertambah lah . Tambah lagi, dapat partner yang kuat makan . Selalunya lelaki yang belanja perempuan . Amboi, depan kaunter makanan tu, kau muka cool je keluar rm50 . Bila dah duduk dengan partner kat tempat yang ada, tak sempat-sempat kau mintak partner kau bayar balik . Chait yenade . Ok, ada cara nak jimat tapi seriously , korang dah boleh agak dah apa caranya . Caranya ialah jengjengjeng.. bawak makanan dari rumah . HAHAHA ok tak uptodate nya -,- Cara ni tak berapa sesuai lah if kau nak dating kat shopping mall . Unless lah kau pergi berkelah ke apa , ok lah . Lagipun ala, McD bukannya mahal mana pun . Nak murah, kau makan time lunch . Ada McValue Lunch Meal . Heh




Masa

Pukul berapa datuk harimau ? PUKUL 10 . Ok, nak cerita pasal masa pulak . Kalau dulu, yu olls ada banyakkkk sangattt masa terluang . Sampai badan boleh naik berkilo kilo dalam masa yang terluang tu . Boleh lepak sorang-sorang, boleh lepak dengan member anytime anywhere . Bila dah couple, kena masukkan si dia dalam list lepak korang tu . But trust me, dapat bf yang mengongkong or dapat gf yang gedik, konfem list lepak tu dipendekkan . Means 24/7 lepak dengan diaaaaaaaaaa je . Kena teman pegi shopping lah, tengok wayang lah, keluar jalan-jalan lah, pergi makan lah dan sama waktu dengannya lah . Sangat penat ok ? Memang lah depan dia , kita gelak-ketawa semua . Tapi cuba belakang dia, berat dosa mengutuk si dia .



Pakaian

Semua couple kata " I terima you seadanya . You're amazing , just the way you are~" BETUL DIA KATA MACAM TU ? BETUL NI ? Ok, cuba one day, si lelaki keluar pakai gaya rempitzz dan si perempuan keluar dengan keadaan sesakai yang mungkin . Wa berani bet sama lu, partner lu akan berada sejauh 200ela dari lu . Cz dia buat tak kenal dengan lu . Haa, memang lah korang terima dia seadanya la apela, tapi jujur cakap lah, korang nak dia nampak cantik/handsome kan ? So, kos untuk membeli pakaian turut termasuk dalam bajet . Sebenarnya tak perlu pakaian mahal - hanya pakaian tu sekadar menambahkan koleksi yang kita ada . Tapi jangan lah terlalu taksub sangat nak nampak bergaya n segak depan partner sampai setiap kali date, beli pakaian baru . UNTUNGLAH KAYA .



Tambang

Tambang oh tambang . Bagi yang takde transport sendiri, tambang bas, teksi, Monorel, KTM, LRT dan Air Asia, terpaksa lah ditanggung sendiri . Bagi yang ber'transport' sendiri pulak,duit minyak , duit tol dan duit parking terpaksa lah prepare awal-awal . Al-maklumlah, susah nak tolak permintaan si buah hati yang ajak pergi dating . Karang tak jumpa, kata tak sayang lah, curang lah, lupakan kat dia lah, mula lah narrow minded . Pfft . Hakikat sebenar si dia taktau . Haish payah . Nak jimat and murah ? JALAN KAKI . Tapi tulah, if kau jalan kaki dari Shah Alam ke Sunway, nampak gaya nya kau kena mandi dulu sebelum kau jumpa dia . Berpeluh bagai . Yacko !




Hadiah

Setiap kali birthday dan anniversary korang, opkos korang kena prepare hadiah untuk si dia . Bagi dapat partner yang high demand, memang mati lah jawab nya . Konfem hadiah yang murah-murah ditolak awal-awal . Bukan setakat hadiah, tapi kena belanja makan lagi . Cara nak atasi masalah ni : Bagi hadiah hasil tangan korang sendiri . Yelah, tulis kad ke , post video pastu masuk Youtube ke , haa kan comel tu . At the same time, boleh jimat kos . Hehe . Actually love is not about materials . If it does, then it should be called as 'material love' . Anytime boleh rosak dan pecah !

Ha, mula lah garu kepala buat mereka yang belum couple lagi tapi teringin sangat nak try . Haha . Sebenarnya tak complicated pun , cuma terpulang pada pasangan tu sendiri . Because for me, each person is different and has its' own style (: Renung-renungkan dan selamat beramal ~


1 comment: