Sunday, May 27, 2012

Cinta Monyet : Puppy Love

Kronologi orang bercinta ni selalunya bermula dengan cinta monyet . Bercinta waktu zaman sekolah rendah, momen paling susah dilupakan . Banyak perbezaan cinta monyet dengan cinta remaja ni . Yang pastinya, cinta monyet jugak yang terbaik . Ceyy .

My first love ( love ke ? haha ) named Shahredzuan Shahmir . Kenal dia waktu darjah 3 , dia pulak darjah 4 . Macam mana boleh kenal ? Haha .


Alkisahnya , macam ni ..


Dulu Prof Dee jadi pengawas sekolah . Bila jadi pengawas, mesti kena bertugas waktu rehat . 10minit awal dari waktu rehat, ha , itulah waktu rehat kami . So, selalunya waktu rehat, beli kuih je . Except hari selasa, sebab laksa 50sen dia takleh miss . Sumpah terbaik . Waktu tu, rakan bertugas saya ialah Haziq Alwi, dan kerjanya asyik makan je . So, kadang-kadang bila 10minit tu, dia extend sampai waktu rehat pelajar biasa . Kepada Haziq sekiranya dia membaca post ini, kau kena berterima kasih kat aku kerana menyelamatkan kau daripada kena marah dengan cikgu . Dan, kurangkan lah makan tu . Haha .

Pada suatu hari , (jeng jeng jeng), ada satu group ni datang . Tugas pengawas adalah tidak membenarkan pelajar naik ke kelas pada waktu rehat bagi mengelakkan kes kecurian . So, group ni pun datang la mengacau . Macam-macam alasan diorang bagi sebab nak naik ke kelas . Apa lagi, tulis lah nama diorang dalam buku log pengawas . Budak nakal en, mana nak gentar . Cikgu disiplin dah macam mak angkat diorang dah, alalala timang-timang ucuk ucuk .

Sehari ke sehari , diorang memang tak reti nak dengar cakap . Buku log pengawas tu, dah nak dekat 2 muka surat nama diorang je . Dah fed up, ah lantak kan aje . Takde dah kejar-kejar, jerit-jerit suruh pergi kantin . And cara tu berhasil bila diorang tak lagi sibuk nak naik ke kelas tetapi diorang sibuk lepak kat tempat bertugas tu . Ah sudahhh haha . Lama-lama, kitorang beramai-ramai jadi kawan . Eh ?

Satu hari ni, kelas 3 Juara ada kelas sains sebelum waktu rehat . Kiranya sejam awal sebelum rehat dah keluar dari kelas dan kelas pulak tak berkunci . Haritu bertugas macam biasa, melayan group gila macam biasa, naik kelas bila habis waktu rehat dah habis macam biasa . Tetiba perasan ada surat dan pensil tekan (mechanical pencil . Hamboi nak kena speaking jugak) Tapi haritu takde mood nak melayan geng gila tu, so terus buang surat & pensel tu tanpa belas kasihan . Lepastu rasa pelik, acane buku karangan ada atas meja padahal sebelum pergi makmal tadi dah kemas meja ? Rupanya page belakang tu ada tulisan seseorang . Kurang ajarr .

I couldn't recall when was the exact date we'd been together but tak lama lepas kes hantar surat & pensel tekan tu la . Ever since that, segan je bila lalu depan kelas darjah 4 kat blok diorang . *blush* Nak mintak kutip derma, diorang pergi menyakat . Nak itu, nak ini, haihh . Segan ok segan .

Itu hanya cerita sampingan . Sebenarnya nak bagitau, kehebatan sebenar cinta monyet ni sehingga berjaya mengalahkan cinta remaja . ( Rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia )

1 - Dulu zaman main surat, bukan macam sekarang, segalanya dihujung jari . Handphone, Facebook, Twitter, you name it . Rasa seronok bila dapat surat, padahal tulis benda yang sama setiap hari . Like mintak biodata yang seribu kali dapat sampai dah hafal apa yang dia tulis , tapi dalam biodata tu part paling best bila dia tulis 'Nama girlfriend : Durra Shahirah' . INI YANG AKU CARI SEBENARNYA HAHA . Pass surat ni masa waktu rehat, kadang-kadang guna orang dalam . Si A ----> Si B ----> Si C dan seterusnya . Tak kisah la macam mana panjang linkage tu, janji sampai kepada orang yang sepatutnya haha . Selalunya isi dalam surat tu, bukanlah ayat gedik-gedik ke apa, just macam biasa . " Weh, sabtu ni kau pergi sekolah ke tak? Datang la tau, nanti aku rindu . Hehe" Tapi itu yang comel (:

2 - Dulu takde dating-dating . Pergi sekolah, ha, waktu tu la jumpa orang nya . Jumpa pun sekejap, itu pun kalau tak busy . Selalunya waktu balik kalau waktu rehat tak dapat jumpa . Paling kurang pun, lalu sebelah kelas dia pun jadi la . Bila jalan tu, kepala teleng okay ? Haha . Bukan macam budak sekolah rendah zaman sekarang , date kat Sunway la, kat library la . Budak-budak dulu, bila sebut perkataan 'lepak' tu, means lepak kat taman, area yang dekat dengan rumah . Now, budak-budak sekolah rendah dah pandai check-in guna Foursquare 'I'm at Starbucks , coffee anyone?'

3 - Dulu waktu birthday, bagi hadiah cikai-cikai je . (Atau mungkin 'lopek' , haha lopek ah kau :P ) Waktu birthday Dee, dia bagi lampu hiasan Made In China, pernah nampak sekali lampu tu kat Hot Market, PAS and waktu birthday dia, Dee bagi buku cerita . Suruh dia baca before masuk tido . Haha . Yet those presents are vulnerable and leave good memories behind .

4 - Dulu bila nak call,selalu guna Adam untuk cakap dengan dia ataupun dia pulak gunakan adik dia, Sheila untuk panggil Dee . Haha . Borak benda merapu je, and cover-cover sebab taknak kantoi dengan parents . Lol . Pernah sekali tu, dia call . Waktu tu dia kat Johor, balik kampung untuk raya . (Dia ni spesis balik kampung awal puasa sampai akhir raya, so faham-faham sajelah)

Wan : Weh, kau tengah buat apa ?
Dee : Aku tengah pasang langsir baru, hehe . Kau ?
Wan : Oh rajin nya hehe . Aku tengah bosan, semua orang takde kat rumah . Sedara mara aku je ada .
Dee : (Macam lah aku tanya HAHA) Oh yeke? Ha, pergi la kemas rumah tu . Raya dah nak dekat .
Wan : Eh jap jap . Kau dengar ni elok-elok

"Seterusnya, salam raya daripada Wan kepada Durra yang berada di Shah Alam dengan ucapan, jaga diri dan selamat hari raya . Teruskan hantar ucapan raya anda kepada Johor fm ...."

BAPAK AH, GILA BERANI DIA BUAT UCAPAN RAYA .

 Hahahaha .

Dee : Apa benda tu weh, aku tak dengar la (padahal dalam hati dah nak menangis , menangis terharu)
Wan : Ala, kau ni, kan aku kata dengar elok-elok . Mana ada ulangan dah (dia serba salah)
Dee : Hahah aku dengar lah, thanks la wan .
Wan : Hehehe .

But those were the days . Good days that I had, reminisce me how great my life was . Living in zero-curiosity surrounding, it was great though . Wishing it to come back, it is absolutely impossible . Only pray for the best . Ameen .

No comments:

Post a Comment