Tuesday, July 2, 2013

Mari beramal :D


Ha setepek kau kena. Tapi ini Durra la, setakat perli, ELEHHH~

==

Haha k

==

Assalammualaikum ditujukan kepada pembaca dan tambahan, salam peperiksaan kepada semua pelajar Ijazah UiTM yang memilih untuk membaca blog saya berbanding buku dan nota-nota kuliah. Percayalah, anda telah membuat keputusan yang bijak. ( bijak tang mana, aku pun taktau naa)

Ok, cerita sekarang ialah tentang beramal. Mesti semua ingat, 'peh mentang dah nak puasa, kau sibuk nak cakap pasal beramal' . HOFKOS, jadikan Ramadhan akan datang ni berbeza berbanding Ramdhan yang sebelumnya. Ha gitu.

(why on the Earth I sound like a religous personnnn?! I guess the age of 20 is really something lol. Disclaimer ; everything I opt about is from myself, not through any sources. Sorry if you disagree with certain aspects)


1) Apakah makna beramal?

For me, beramal tu sesuatu yg kita buat untuk kebaikan orang lain. Maybe you might think "oh beramal sebab nak dapat pahala la" then go ahead, it's your own piece of mind :) But for me, deeds are actions that are done for others' good sake.

( I think I just translated my BM opinion into English hahahahahhahahahahaha well, as long you got my point)


2) Macam mana cara nak beramal? 

Kita ni kalau nak beramal, satu je syarat yang perlu kita ikut.

Jangan tunjukkan kepada orang yang kita beramal. 

Sebab, kalau kita langgar syarat ni, kita akan rasa bangga, riak, ujub, dikenali orang, dan seterusnya tak balik modal pun amalan kita tu. Pahala dah dapat tapi sebab kita bangga lepas beramal, terus malaikat padam balik kat bilangan pahala kita tu.

Cuba beramal dalam 'senyap'. Pernah sekali tu, masa nak bayar tol. Bagi sesiapa yang pakai Touch n Go aaupun Smart Tag, takdelah merasa. Masa tu, tak banyak kereta pun. So, masuk lah satu lane ni. Ada sebuah kereta dotdot dihadapan. Bila sampai turn, akak tol tu kata "orang depan dah bayarkan" and I was like "ha?" tapi pecut terus lah, takde lah buat muka pelik selama 10 minit depan akak tu, kang kereta belakang marah pulak. So sepanjang dalam perjalanan, tak berhenti memikirkan gerangan siapakah yang membayar tol tu. Tak kenal langsung sape. Memang la Rm1.20 je, tapi takdenya manusia yang sanggup bayarkan untuk orang lain. Pape pun, disebabkan perbuatan hamba Allah itu, dia telah mendapat doa saya . Hehe.

Lagi satu cerita, (peh banyak cerita ni haha) masa tu kaunseling sekolah ada buat money collection untuk budak kematian ibu if tak silap. So, tengah kira kira duit dengan cikgu, ada satu duit ni, luar dia gulung RM1 tapi bahagian dalam gulungan tu, ada not RM10. Cikgu kata " sesiapa yang beri duit ni, dia memang seorang yang rendah diri. Sebab dia taknak tunjukkan duit derma dia" Masa tu, memang respect dgn pemberi duit berkenaan. Semoga Allah murahkan rezekinya.


Firstly, let me catogerize into different targets of company that you can 'offer' your kindness to :

A- The Almighty God 

Purposely put 'God' because the readers maybe multi-religions so Im trying not to offend anyone through my writing.

Taktau lah macam mana dengan ajaran agama lain but I was born as a Muslim and obviously my religion is Islam and we the Muslims are taught to obey Him and follow His guidance, scripted via the Holy Quran. Jadinya, beramal macam biasa. Solat, puasa (ha tak lama lagi je ni), bayar zakat, dan perkara wajib yang lain. Tapi sebagai tambahan dan untuk membezakan kita dengan Muslim yang lain, kita lakukanlah perkara-perkara yang sunat juga. Dah, sampai sini cukup. Ingat ini blog Al-Jazeera ke ape.

B- Human kind

Mungkin kita rasa 'ah buat apa kita nak buat baik dengan orang, tambah lagi dengan orang yang kita tak kenal' lepastu bila ditimpa musibah, sibuk lah canang 'what goes around comes around' ooo bila orang buat jahat kat kau, tau pun marah. Tapi bila kau buat baik dengan orang, taknak pulak. This kind of thinking isn't good for your social life especially when you are living in a multi-racial country.

Kita taktau mungkin harini hari dia, esok lusa tulat hari dia. Jadi kenapa tangguhkan untuk buat perkara baik? Kan kan? Nak beramal ni tak susah, selagi tak menyusahkan kita, apa salahnya beramal. Nampak telekung bersepah kat surau, kita lipatkan. Nampak buku orang terjatuh sebab barang yang dia angkat banyak sangat? Kita tolong ambilkan. One shall not complicate simple things.

C- Animals

Kita selalu lupa bahawa haiwan pun makhluk Tuhan. Kenapa kita perlu seksa haiwan? Paling teruk pun haiwan boleh buat ialah buang air atas karpet rumah kita. Bukannya dia gigit daging kita, unless la haiwan kau tu harimau ke singa ke. Rasanya beramal dengan haiwan ialah perkara paling senang dalam dunia. Because they won't judge us, they won't doubt our sincerity and kindness. Although the most obvious thing to say 'thank you' is by meow-ing, but the fact is our help means a lot to them . Bagi makanan atau minuman. Beli jela ikan goreng ke ayam goreng ke, berapa ringgit lah sangat kalau compare dgn makanan kita yang kadang2 sampai cecah beratus-ratus ringgit untuk sekali makan. Tangan yang memberi adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima.



A picture of a stray cat who lives at the walkway behind my house backyard. She was born perfect but because of human cruelty, she has to live with these defects.



Ingatlah bahawa kita hidup didunia tak lama, anytime anywhere we may die. But certainly we will, eventually. Mulakan la sikap beramal dan jadikan amalan harian. Tak perlu kejar perhatian manusia, kita beramal untuk dapat pahala kan? Dan pahala bukan ditangan manusia. Takde gunanya kita menunjuk. Insya allah, bila kita beramal secara 'senyap',pasti ada yang mendoakan kita. Toodles!


Ps : Kepada pelajar UiTM Jengka, 6- 7 Julai ni ada kempen derma darah. Well, anda boleh mulakan beramal dengan menderma darah. Darah kita bernilai untuk orang lain, ini pun dikira 'beramal secara senyap' hehe bye.












No comments:

Post a Comment