Sunday, April 24, 2011
Monsters In Love
(Atas permintaan Muhammad Harith sendiri yang tak habis-habis suruh Durra Shahirah buat entri pasal dia :P )
Kita mula-mula kenal time form 1 . Waktu tu kita classmate tapi tak bercakap . Haha memalu meow meow konon hihi . Naik form 2, kita dah mula ngam . Awak dengan budak lelaki lain dah mula rapat dengan geng saya dalam kelas . Tapi kita rapat semacam , sampai classmate lain tanya, "Kau dengan harith couple ke ?" Hambik kau . Tapi time tu, masing-masing feeling sesama sendiri tapi taknak luahkan . AGAIN, memalu meow meow . Aiya .
Lepastu naik lah form 3. Tah kenapa awak taknak kawan dengan saya ): Saya terasa kehilangan awak (Sumpah geli gila ayat ni haha) Tapi seriyes awak macam larikan diri daripada saya . Kenapaaaa ? Ai wan tu noe . Huk huk . Setahun tu boleh kira berapa kali awak bercakap dengan saya . Sedih ok ? ): Naik form 4, kelas kita dah jauhh . Berapa kali je saya jumpa awak . Itu pun bila jumpa , awak sangat sombong dengan saya . Macam tak pernah kenal . Fine lah, sentap -,- . Bila form 5, kelas kita sebelah-sebelah . Baru lah kita ada berjumpa . Bukan setakat ada, mesti wajib jumpa haha . Biasalah, melawat jiran kelas sebelah en, tugas wajib bila cikgu takde . Keh keh .
Awak lah yang start dulu . Awal tahun 2010, time kita form 5, awak mula hantar mesej 'lovey duvvy' bagai . Saya tak suka sebenarnya .. sebab kita kan kawan dan saya tak pernah couple dengan kawan sendiri . Saya tanya kawan-kawan perempuan lain, macam mana ni~ *garu kepala yang tak gatal* Saya siap open table kat mamak after ko-ku petang semata-mata nak bincang pasal ni . Konlusinya - Diorang suruh saya terima awak . OHMAI . Ini kerja marabahaya ni . Takpe, saya try saya try . Just one chance , this only . Pheww .
24 Julai 2010 . Awak hantar mesej 'lovey duvvy' lagi kat saya . Saya try reply 2x5 macam awak hantar tu hihi . Lepastu sudahh, memasing tak nak berhenti haha . Lepastu, saya hantar mesej 'Terms & Conditions' kat awak . Awak tak paham at the first place . Lepastu bila saya hantar , "be mine ?", baru lah awak paham . Haa, malu sangat nak cakap straight to the point, last-last saya yang make the first move . Zzzz . Tapi takpe, saya tau awak nak saya . Kan kan ? I know you want me, you know i want cha.. jyeah haha . Sejak hari itu, kita jadi raksasa yang sedang hangit bercinta :D
Kat sekolah, kat fesbuk, semua tempat kita tunjuk kat semua orang yang kita couple yang bahagia . Konon lah, padahal tak pun . Ok, hakikatnya kita bahagia (: Seronok keluar dating dengan awak, eventho kekadang awak kedekut nak belanja saya . Risau sangat orang tak belanja dia balik zzz . Lepastu, bila dalam wayang, awak selalu kejutkan saya yang seringkali ketiduran haha . Tau tau je orang tidur :P Nak buat camne, dah awak dok conquer pop corn sorang . Tengok tu, kedekut lagi ish ish haha . Bila dah takde idea nak mesej apa , kita selalu main kuiz . Best, saya dah tau sikit-sikit pasal awak . Siap salin balik dalam kertas, takut awak tanya soalan yang sama in future . Kekeke . Bila saya takleh tidur , saya mesej awak mesti awak reply balik . Sangat hebat sense of response awak *tepuk tangan* Saya respek tinggi bila awak work out setiap masa . Sebab awak tau saya suka lelaki badan tuff macam Jacob (: Takpe, awak buncit pun saya tak kisah sebab dah sayang..hehe
Saya suka semua benda pasal awak . Paling utama , perangai mengada awak tu . Bukan mengada macam boipren kat galpren, tapi mengada macam budak 2tahun kat kakak 18tahun . Haha . Takpe, kekalkan tau . Saya suka hihi . Kemudian, awak punya sense of careness . Awak risau bila saya terasa hati . Ye saya tau , awak akan call tak berhenti-henti . Kadang-kadang sampai saya kena slient kan phone baru tidur . Bila bangun esoknya fuyoo penuh missed calls . Tapi esok nya saya dah ok , cz saya tak reti merajuk lelama :P So, saya call lah awak balik . Awak romantik, tapi bukanlah 100% . Sebab selalunya, saya yang paksa awak jadi romantik haha . Still, awak seorang yang romantik . Cuma satu je saya tak faham ; kenapa awak nak rambut panjang ? Sebab rambut awak lagi panjang daripada saya , macam mana tu .. o.O cecita siket . Takpe la, nak lawan sape rambut panjang ke ? JOMM .
Kita dating pun di merata-rata tempat kan ? Kat Tesco ada, tunjuk awak barang-barang dapur dan ajar awak kenal sayur-sayuran . Haha . Kat Ole-ole ada, kita battle bowling walaupun dah tau sape yang bakal kalah . Kat Sunway, wayang , makan , makan again haha . Kat tasik, makan aiskrim sambil tengok orang jogging . Kat lagoon , kita main game yang pelbagai . Kehkeh . Senang cerita, macam-macam tempat pernah . Sebenarnya, saya sengaja nak pergi semua tempat dengan awak . Cz taknak awak boring bila keluar dengan saya and nak simpan dalam memory card otak yang kita pernah pergi tempat tu (: Family saya pun suka awak . Bila saya mesej lelaki lain, Encik Azman yang marah . Kata jangan curang dengan Harith , kesian Harith . Awak dah bagi nasi kangkang ke ? Haha Puan Azzy pun sama, asyik-asyik Harith . Makin menjadi-jadi after awak hantar saya nak pergi PLKN haritu . Serious, saya tak paham . Kuat betul aura awak .
Last words for you, dear love . Thanks for everything you've done for me . Everything from the beginning until now and it's still continuing . Im glad to have you as a special boyfriend , and most important is , Im glad to be your first love (: You might be new in experiencing this situation but you're doing well . It doesn't matter when people says things about us, ignoring them is the best way to act . Only you and me know the real things . I know i screwed up before, please forgive me . I promise you, i won't waste this second chance . I appreciate your willingness to accept me back after things that I've done to you . It was my total regretness . Let's start a new life , together we hold hands and face the upcoming days ahead . Hope you will always stay with me and never let me go . I love you (:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment