Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Aku berharap agar kau dapat luangkan masa untuk membaca coretan ku ini , jika benar lah kau Adamku .
1. Kau api, aku air
Kita selalu bertengkar, kita selalu berbalah . Perkara yang kecil , kita jadikan besar . Perkara yang mudah, kita merumitkannya . Tetapi sesungguhnya, itulah cinta . Beri dan ambil, itulah permainannya . Setinggi mana amarahmu , serendah itulah hati aku untuk menerima segalanya . Sebab aku tahu, api takkan terpadam jika aku menuangkan minyak ke atasnya . Biarlah aku dihina, biarlah aku dicerca, janji aku tahu, aku telah cuba yang terbaik untuk menenangkan mu . Untuk menjadi air (:
2. Hanya kau di pihak yang benar, aku pula sebaliknya
Apabila kau berhujah tentang sesuatu yang kau sendiri tidak pasti kesahihannya , dan aku cuba membetulkan kesalahanmu , kau membangkang sehabis yang kau mampu . Aku terkedu, aku terkesima . Tetapi aku tahu, hanya kebenaran yang akan menang . Kerana itulah, aku membiarkan dirimu untuk teruskan berhujah dan aku hanya mampu tersenyum . Kerana itu adalah sesuatu yang bermakna bagiku , kebahagiaan mu (:
3. Aku rindu kita, aku rindu kau
Bukan aku maksudkan yang kau bukan milikku, cuma kadang-kala, bila kenangan lama datang menyinggah di benak fikiran ku, aku hanya mampu menangis tanpa suara . Betapa aku rindu semua itu . Betapa aku inginkan ia datang kembali ke dalam hidup kita sekarang . Malangnya aku lupa, bahawa manusia berubah tatkala masa berubah . Dan tafsiran yang kau bukan seperti lelaki lain ternyata salah . Tetapi, aku tidak menyalahkan dirimu . Kerana itupun bukan keinginan mu . Cuma, aku ingin kau tahu yang aku masih menunggu keajaiban akan berlaku (:
4. Hidup selama-lamanya
Aku pernah impikan untuk hidup bersama denganmu . Memiliki zuriat denganmu , mengharungi pahit getir kehidupan bersama, menjadi sebahagian daripada ahli keluargamu, menjalani kehidupan berdua sehingga akhir hayat . Ya, aku tahu itu suatu mimpi . Mimpi yang tidak pasti , mimpi yang tidak ada penghujungnya . Tetapi, jauh di lubuk hatiku, aku berharap agar mimpi itu menjadi realiti . Berharap agar ia bukan sekadar mimpi, tetapi sesuatu yang pasti . Aku berharap kau yang akan mengubahnya (:
Jika benarlah kau Adam ku, jangan beri lagi harapan palsu kepadaku , jangan kau kecewakan aku , jangan kau tinggalkan aku . Sebab kau tentu mahu rusuk mu menjadi sempurna, kan ?
Yang benar,
Hawa .
No comments:
Post a Comment