Don't you realize that I've spoken too much in English ? Where my Malay goes ? Here it comes ! Eh silap, ini dia . Tu diaa, mai dah mai dah :P Hehe .
Saya masih berduka cita lagi tapi takpe, semua sedang bersuka ria jadi apa salahnya saya tumpang sekaki kan ? Selamat tahun baru semua ! *tiup trumpet*
Setiap orang mesti pasang azam tahun baru . (Baru ke baharu? I fail in this) Tak kisah lah tu azam yang tertangguh untuk tahun ke berapa punya kali tangguh dah , tetap kira azam lah tu . Yang penting, masing-masing berusaha untuk melaksanakan dan merealisasikan azam dan wawasan sendiri . Wawasan 2020 ? o.O
Sekarang taknak cerita azam saya . Sebab saya takde azam . Ye, memang takde azam . Takde matlamat . Ceh ceh . Tak lah, ada tapi takkan bertahan selama setahun pun .
Sebenarnya nak cerita pasal tahun baru itu sendiri . Keinginan dan impian saya untuk menyambut tahun baru dengan cara saya . Pelik ? Mari kita bongkarkan yang tersembunyi . Layan~
Sejak kecil lagi, saya teringin nak sambut tahun baru kat luar negara . New York pilihan utama, diikuti dengan Tokyo dan Sydney . Sebab setiap kali habis Buletin Utama pada hari tahun baru, mesti diorang tunjuk rakaman tentang sambutan tahun baru di seluruh dunia . Paling mengkagumkan adalah tiga bandar utama tadi lah . Silang jari, harap dapat terlaksana impian ini suatu hari nanti .
Madison Square Garden , New York (spot me where :P)
Sydney Harbour, Australia
Disneyland, Tokyo
Saya juga berharap untuk suatu keajaiban akan berlaku pada malam tahun baru itu sendiri . Supaya saya akan ingat sepanjang tahun tersebut (:
Melamar, bertunang, berkahwin - sangat manis . (pelik ok 'sweet' dalam BM -,-)
Ada beberapa perkara yang dengan setianya menunggu saya setelah kaki mencecah masuk ke dalam 2012 . Antaranya ialah :
1) Keputusan MUET - awal Januari
2) Tamat pengajian di matrikulasi - akhir April
3) Underworld : Awakening - pertengahan Januari ! Haha
4) Breaking Dawn part 2 - pertengahan / penghujung Julai . OMG *pengsan*
5) Universiti ehem ehem - awal September
6) Laptop ehem ehem huk huk - Insya allah, penghujung Ogos
7) Wedding kakak ehem ehem haha - penghujung Mei . Yeay .
8) Lesen kekal (boo kepada pemegang P) - penghujung Jun
9) Sambutan hari jadi Imran yang pertama - penghujung Oktober
10) 24 Julai ? Mungkin kah ? Jeng jeng jeng .
Sekian sahaja bebelan saya. Ye saya tahu dah terlambat tapi saya masih ada peluang untuk ucapkan ,
"Selamat Menyambut Tahun Baru"
kepada anda
No comments:
Post a Comment