Thursday, April 9, 2015

Giving up.

(Post ni aku tak tulis 'no offence' sebab diri sendiri dah offended so baguslah kalau sama sama rasa apa yg aku rasa)

Selalu aku rasa macam ni bila dengan kawan kawan. Bukan apa, dari seorang demi seorang aku rasa macam 'terhegeh'. Baik kawan yang ini, mahupun yang itu, sama je semua.

Dulu aku naif, selalu fikir, "oh diorang suka aku buat plan bcz im a good planner kot". Tapi sekarang bila selalu sangat aku yang plan, sampai terfikir "kenapa aku yg kena mencari orang? kenapa orang tak mencari aku?"

Ye, aku memang tak reti nak simpan kawan. Sebab aku tahu akan hak kebebasan untuk berkawan. Suka hati la diorang nak rapat dengan siapa, suka hati la diorang nak pulaukan siapa. Tapi yang malangnya, aku selalu kena yg kedua.

Aku ingat lagi waktu aku masuk hospital dulu sebab apendiks. Siapa orang luar yang datang melawat? Dua orang sahaja. (You know yourselves, thank you.) Yang bertanya tentang keadaan aku? Seorang di twitter. Yang datang ke rumah? Empat orang. Yang lain? Yang tak melawat, yang tak bertanya, husnuzon yang mampu, 'mungkin diorang taktahu'

Aku dah simpan lama dan aku rasa sekarang my devastation has reached its limit. Haha. Geminis are forgivers, but we don't forget.

Starting from today, dont blame me for being choosy and picky. For those who understand me, thank you for sparing your time on our friendship. For those who don't, well thank you and farewell. Adios amigos!

No comments:

Post a Comment